BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, 25 October 2009

NABI MUHAMMAD SAW MAKHLUK TERAGUNG

Nabi Muhammad saw meskipun sama kejadiannya dengan manusia lain di muka bumi ini, namun bentuk lahiriah dan rohaniahnya tidak sama. Baginda mempunyai keistimewaan yang sama sekali tidak terdapat pada manusia-manusia biasa.

Sebagai manusia yang terbaik di muka bumi ini, Baginda dianugerahkan dengan keperibadian dan perwatakan yang istimewa kerana padanyalah terdapat contoh untuk diteladani.

Umum mengetahui keadaan yang zahir adalah gambaran yang terjelma dari unsur-unsur batin. Rupa paras seseorang boleh membantu menjelaskan keperibadian setiap individu. Ciri-ciri seperti bentuk badan, sifat fizikal dan rupa bentuk anggota adalah menggambarkan tentang akal dan akhlak seseorang.

Begitulah dengan Nabi Muhammad saw. yang mempunyai bentuk badan yang indah dan segak, namun tidak dapat digambarkan oleh mana-mana pelukis potret di dunia ini. Allah mengharamkan penggambaran potret Baginda oleh sesiapa saja. Sungguhpun begitu sifat-sifat kecantikan baginda masih boleh diillusikan melalui pertuturan dan riwayat para sahabat dan tabi'in.

Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda. Ulama Yahudi berkenaan terpukau dengan raut paras dan akhlak baginda yang sudah tentunya milik seorang Rasul Agung di muka bumi ini.

Para sahabat yang sentiasa bersamanya sentiasa meneliti bentuk tubuh tokoh kesayangannya secara terperinci. Di antara kata-kata gambaran mereka yang pernah melihat baginda saw:

* Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah. Aku melihat cahaya memancar dari lidahnya.

* Seandainya kamu melihat Rasulullah, kamu akan merasa seolah-olah sedang melihat matahari terbit.

* Aku pernah melihat Rasulullah saw di bawah sinaran bulan. Aku bandingkan wajahnya dengan bulan,
akhirnya aku sedari bahawa Rasulullah saw jauh lebih cantik daripada sinaran bulan.

* Rasulullah saw seumpama matahari yang bersinar. Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah saw.

*Apabila Rasulullah saw berasa gembira, wajahnya bercahaya seperti bulan purnama dan dari situ kami mengetahui yang baginda sedang gembira.

* Kali pertama memandangnya, sudah tentu kamu akan terpesona

* Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat

* Wajahnya seperti bulan purnama

* Dahi Baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya. Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.

* Mata Baginda hitam dengan bulu mata yang panjang

* Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.

* Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.

* Mulut baginda sederhana luas dan cantik

* Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.

* Apabila berkata-kata cahaya kelihatan memancar dari giginya

* Janggutnya penuh dan tebal menawan

* Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca. Warna lehernya putih seperti perak sangat indah.

* Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.

* Rambutnya sedikit ikal

* Rambutnya tebal kadang-kadang menyentuh pangkal telinga dan kadang-kadang mencecah bahu tapi disisir rapi

* Rambutnya terbelah di tengah

* Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat

* Dadanya bidang dan selaras dengan perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih daripada biasa.

*Seimbang antara kedua bahunya

*Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya , jarinya juga besar dan tersusun dengan cantik

*Aku tidak pernah menyentuh sebarang sutera yang tipis mahupun tebal yang lebih lembut daripada tapak tangan Rasulullah saw.

*Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik. kakinya berisi, di tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air. Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.

*Warna kulitnya tidak putih seperti kapur atau coklat tapi campuran antara coklat dan putih. Warna putihnya lebih banyak.

* Warna kulit Baginda putih kemerah-merahan

* Warna kulitnya putih tapi sehat

* Kulitnya putih lagi bercahaya

* Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh

* Badannya tidak gemuk

* Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak

* Perutnya tidak buncit

* Badannya cenderung kepada tinggi. Semasa berada di kalangan orang ramai, baginda kelihatan lebih tinggi daripada mereka

* Sekalipun baginda miskin dan lapar tapi tubuhnya lebih gagah dan sihat daripada orang yang cukup makan.

Aku tidak pernah melihat seorang lelaki yang lebih gagah dan berani daripada Rasulullah saw.

Begitu hebat personaliti dan ketokohan Baginda saw., makhluk terpuji dan teragung di muka bumi. Kesimpulannya Nabi Muhammad saw. adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman.


MORAL & IKTIBAR

* Nabi Muhammad saw. adalah manusia terbaik pilihan Allah.
* Sifatnya yang terpuji merangkumi aspek fizikal dan rohani.
* Atas sifatnya yang superior inilah baginda dilantik menjadi pemimpin seluruh manusia di dunia ini.
* Baginda adalah manusia mithali yang serba lengkap dan serba kamil dan layaklah baginda tidak disentuh sebarang dosa lagi bersifat dengan maksum.
* Kepimpinan Baginda sepatutnya menjadi contoh teladan kepada semua manusia di muka bumi ini.


Barangsiapa mentaati Allah tanpa mengakui kerasulan Nabi saw, nescaya Allah tidak menerima keimanannya.

Saturday, 17 October 2009

AWAN MENGIKUTI ORANG YANG BERTAUBAT

Diriwayatkan bahwa seorang tukang jaga terpesona kepada budak tetangganya. Suatu saat gadis itu mendapatkan tugas menyelesaikan urusan keluarganya di desa lain. Si tukang jaga lalu mengikutinya dari belakang sampai akhirnya berhasil menemukannya. Si tukang jaga lalu memanggil gadis itu dan mengajaknya menikmati kesempatan berasmara. Tetapi gadis itu menjawab, "Jangan lakukan. Meskipun sangat mencintaimu, aku sangat takut kepada Allah."

Mendengar jawapan itu, si tukang jaga merasa dunia berputar. Kerana menyesal dan sedar hatinya gementar, tenggoroknya kering dan hatinya semakin berdebar, dia lalu berkata, "Kau takut kepada Allah sedangkan aku tidak."

Dia pulang sambil bertaubat. Di jalan ia diserang haus dan nyaris mati. Is kemudian bertemu seorang soleh. Mereka berjalan bersama. Mereka melihat gumpalan awan berjalan menaungi mereka berdua sampai mereka masuk ke sebuah desa. Mereka berdua yakin bahwa awan itu untuk orang yang soleh. Kemudian mereka berpisah di desa tersebut. Awan itu ternyata condong dan terus menaungi si tukang jaga itu sampai dia tiba di rumahnya. Orang soleh tadi heran melihat kenyataan ini. Dia lalu mengikuti tukang jaga tadi lantas bertanya kepadanya dan dijawabnya juga di tempat itu. Maka laki-laki soleh itu berkata, "Janganlah heran terhadap apa yang kau lihat, kerana orang yang bertaubat kepada Allah itu berada di suatu tempat yang tak seorang pun berada di situ."

TUJUH MACAM PAHALA YANG DAPAT DINIKMATINYA SELEPAS MATINYA

Dari Anas r.a. berkata bahwa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya.

1. Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya.

2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.

3. Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.

4. Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.

5. Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung.

6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.

7. Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya

8. yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur'an maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.

Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah S.A.W. telah bersabda : "Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga macam :

1. Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah)

2. Ilmu yang berguna dan diamalkan.

3. Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya.

Anak soleh




Thursday, 8 October 2009

Rahsia Poligami Rasullulah

Setelah kewafatan Rasulullah SAW, masih terdapat 9 isteri baginda yang masih hidup. Sebahagian orang bertanya rahsia ramainya isteri baginda. Apakah Rahsianya?.

Kebanyakan manusia suka mencari kelemahan orang baik-baik. Pelbagai tuduhan yang dilontarkan antaranya, Nabi SAW seorang hiperseks dan gila wanita.

Bagi kita, selama 26 tahun Nabi SAW bersama Khadijah menanda kesucian dan kebersihan jiwa baginda, padahal ketika itu, usia Khadijah adalah 66 tahun yang boleh dikatakan ‘nenek’. Jika mengikut syahwat manusia biasa, Nabi SAW boleh mencari gadis yang cantik berbanding ‘nenek’ Khadijah. Ini adalah bukti yang kuat bagi meruntuhkan tuduhan penfitnah tersebut.

Nabi SAW menikahi ramai perempuan ada beberapa sebab;

a. Pengorbanan Harta untuk Dakwah

Perkara ini berlaku atas diri Khadijah sendiri. Khadijah banyak membantu Rasulullah SAW semasa baginda susah. Bantuan Khadijah menambah kasih Rasulullah SAW terhadap dirinya.

b. Memadam Fitnah

Perkahwinan Rasulullah dengan Shafiyah Binti Huyay bagi mengelak fitnah. Pada waktu itu, Shafiyah adalah gadis yang paling cantik dan ramai lelaki berebut-rebut nak menikahinya. Jika Nabi SAW tidak menikahinya, maka ia akan menjadi sumber fitnah bagi bangsa Arab.

Aisyah dan para isteri Rasulullah selalu bergurau dengan Shafiyah dengan panggilan ‘Hai gadis Yahudi’. Shafiyah terasa hati dan mengadu kepada Nabi SAW. Nabi SAW berkata nyatakan kepada mereka ‘Ayahku Harun, Pakcikku Musa dan suamiku Muhammad’. Kata-kata Shafiyah ini berjaya mengunci mulut para isteri Nabi SAW.

c. Pelaksanaan Syariat

Perkahwinan ini berlaku apabila baginda menikahi Syaidah Zainab Bin Jahsy
‘Dan(ingatlah) ketika kamu berkata kepada orang yang Allah telah melimpahkan nikmat kepadanya dan kamu(juga) telah memberi kan nikmat kepadanya, ‘tahan isterimu dan bertaqwalah kepada Allah’, sedangkan kamu menyembunyikan di dalam hatimu apa yang Allah akan menyatakannya, dan kamu takut kepada manusia, sedang Allah lebih berhak untuk kamu takuti. Maka sesudah telah selesai hubungan Zaid dengan isterinya(menceraikannya), Kami kahwinkan kamu dengannya supaya tidak ada keberatan bagi orang mukmin untuk(mengahwini) isteri-isteri anak angkat mereka apabila telah selesai hubungannya dengan mereka. Dan bahawa ketetapan Allah pasti berlaku(al ahzab:37)

Menurut tradisi Arab ketika itu, anak angkat seumpama anak kandung. Tatkala Allah SWT menyuruh Nabi SAW, menikahkan Zaid dengan Zainab. Zainab bersetuju akur perintah Allah.

Zainab tidak bahagia dengan Zaid ekoran sikap Zainab yang suka membangkang dan tidak taat kepada Zaid. Zaid mengadu kepada Rasulullah SAW. Baginda menyuruh Zaid bersabar. Akhirnya Zaid menceraikan Zainab dan baginda Nabi SAW mengakuri wahyu Allah agar mengahwini Zainab.

Perkahwinan ini penting bagi syariat mengahwini bekas isteri anak angkat.

d. Penghargaan Terhadap Perjuangan

Ummu Salamah masuk Islam awal dan berjihad. Abu Salamah meninggal ketika puteranya masih kecil. Ummu Salamah berhijrah seorang diri. Ummu Salamah sangat mencintai suami yang terkorban dalam jihad. Akhirnya, Allah SWT mengantikan suami terbaik untuk beliau iaitu Rasulullah SAW sendiri.

Ini adalah tujuan luhur poligami Rasulullah SAW. Perkahwinan baginda bukan berlandas nafsu tapi mengikuti perintah Allah SWT dan sifat kemanusiaan baginda.

Sumber: Imam Hasan al Banna

BUNGA CINA

Gardenia augusta
Bunga cina atau nama saintifiknya Gardenia augusta, Merr dari famili Rubiaceae banyak ditanam sebagai tumbuhan hiasan atau sebagai pagar kerana daunnya yang rimbun dan mempunyai banyak cabang. Bunganya yang berwarna putih berbentuk seperti bunga mawar dan berbau harum. warna putih akan berubah menjadi kekuningan selepas bunga mekar sepenuhnya.

Tumbuhan ini boleh tumbuh ditempat sejuk atau panas dan ia merupakan tumbuhan yang senang dijaga.Tempat yang paling sesuai untuk pertumbuhannya adalah ditempat yang beriklim agak sejuk seperti dikawasan pergunungan dengan ketinggian lebih kurang 400 meter dari paras laut.Pokok ini boleh mencapai ketinggian 1 - 2 meter.Ia membiak melalui keratan batang dan semaiannya boleh dilakukan dengan memilih ranting yang agak tua, buang semua daunnya dan tanamkan di dalam polybag berisi pasir. pastikan air mencukupi semasa pertumbuhan akarnya.Pokok ini mempunyai potensi untuk di komersialkan sebagai minyak wangi kerana bau bunganya yang harum.

Ia boleh digunakan untuk mengubati penyakit seperti Kencing manis (diabetes mellitus), sariawan, demam dan sembelit. carnya untuk kencing manis 12 helai daun bunga cina direbus dengan 2 gelas air hingga tinggal satu gelas dan diminum sekali sehari. Untuk sariawan pula 7 helai daunnya diramas dengan secawan air,tapis dan campurkan air itu dengan 2 sudu makan madu dan seketul gula batu.minum 2 kali sehari. Manakala untuk demam pula, ramas 7 helai daunnya dengan secawan air, tapi , capur dengan gula batu dan minum 2 kali sehari.Untuk sembelit pula ambil 3 biji buahnya, rebus dengan 2 gelas air hingga mendidih dan tinggal satu gelas, minum airnya.

Source : http://www.melur.com/myherba.asp?plant_id=8

Siti Khadijah isteri Rasulullah

DAN setengah daripada tanda-tanda kebesaran-Nya bahawa Dia ciptakan untuk kamu daripada dirimu sendiri akan isteri-isteri, agar tenteramlah kamu kepadanya. Dan Dia jadikan di antara kamu cinta dan kasih sayang.Sesungguhnya pada yang demikian adalah tanda-tanda bagi kaum yang berfikir. (ar-Rum: 21)

SITI Khadijah merupakan seorang wanita yang berasal daripada suku kaum Asadiyah, iaitu satu keturunan Quraisy yang amat dihormati dan disegani.

Beliau dilahirkan pada tahun 68 sebelum hijrah iaitu 15 tahun sebelum tahun gajah, tahun kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. Beliau diasuh dan dibesarkan oleh ibu bapanya dengan penuh kasih sayang serta diberikan tarbiah yang sempurna.

Pendidikan dan tunjuk ajar oleh ibu bapanya diterima dengan patuh dan taat, sehingga beliau tampil sebagai seorang wanita budiman dan berakhlak luhur serta tidak pernah bangga atau sombong dengan taraf kebangsawanannya. Kaumnya memanggil beliau dengan gelaran Al-Tahirah yang bermaksud perempuan suci.

Sebelum berkahwin dengan Rasulullah, beliau pernah berkahwin dua kali, tetapi kedua-dua suaminya telah meninggal dunia. Ketika berkahwin dengan baginda, umur beliau ialah 40 tahun, manakala umur baginda 25 tahun.

Walaupun berbeza usia 15 tahun, tetapi rumah tangga mereka penuh dengan kedamaian dan ketenteraman, aman bahagia dan tidak pernah berselisih faham terhadap sesuatu masalah.

Beliau juga merupakan Ummul Mukmin pertama yang mempunyai keistimewaan-keistimewaan yang tersendiri, berbeza dengan isteri-isteri baginda yang lain. Beliau bukan sahaja wanita yang jelitawan tetapi mempunyai harta kekayaan dan tergolong di antara orang-orang yang ternama di Mekah.

Beliau sangat pandai mentadbir perniagaannya sehingga berjaya sampai ke Yaman dan Syam. Beliau pernah menyerahkan urusan perniagaannya kepada baginda kerana percaya dengan kejujuran baginda. Sehinggalah sampai suatu ketika beliau jatuh cinta dengan kebaikan dan kelembutan Rasulullah, lalu menyatakan hasrat untuk mengahwini baginda.

Beliau hidup bersama Rasulullah selama 24 tahun. Sepanjang menjadi isteri baginda, beliau menjadi suri rumah tangga dan kekal menjadi satu-satunya isteri baginda sehinggalah beliau meninggal dunia. Beliau telah melahirkan enam orang anak sedangkan isteri-isteri baginda yang kemudian tidak seorangpun yang melahirkan anak sepertinya.

Beliau juga menanggung berbagai-bagai penderitaan bersama-sama Rasulullah dalam usaha berdakwah dan menyeru kepada Islam. Ketika dua orang anak lelakinya iaitu Kasim dan Abdullah meninggal dunia, beliau bersama dengan baginda berdukacita menangisi pemergian anak-anaknya itu.

Sudah menjadi kebiasaan Rasulullah untuk pergi ke Gua Hira kerana ingin bertafakur dan bermunajat kepada Allah seorang diri. Setiap kali baginda ke sana, baginda akan membawa sedikit bekalan yang disediakan oleh isterinya, Siti Khadijah. Apabila makanan sudah habis, baginda turun semula ke Mekah dan tawaf di Kaabah sebanyak tujuh pusingan, kemudian barulah kembali menemui isteri tercinta. Demikianlah yang dilakukan oleh Rasulullah, berulang alik dalam tempoh masa lebih kurang lima tahun di Gua Hira.

Sungguhpun demikian, Siti Khadijah tidak pernah berasa kecil hati terhadap Rasulullah. Malah, beliau berusaha agar baginda lebih memperoleh ketenangan dalam bermunajat kepada Allah. Oleh yang demikian, apabila Rasulullah pulang ke rumah, beliau tidak pernah bersungut apatah lagi bermasam muka. Beliau melayan suaminya dengan baik, penuh hormat dan kasih sayang.

Begitulah tanggungjawab sebagai seorang isteri yang taat dan setia kepada suami sehinggalah beliau meninggal dunia dalam usia 64 tahun dan enam bulan. Semenjak pemergian Siti Khadijah, Rasulullah sangat sedih dan murung kerana begitu terasa kehilangan seorang kawan, teman, isteri, pembantu dan pembela ketika baginda menjalankan seruan Allah.


PENGAJARAN

* Sebagai isteri yang solehah, si isteri hendaklah sentiasa menghormati, setia, taat dan patuh kepada suami kerana syurga seorang isteri terletak di bawah tapak kaki suami.

PERBENDAHARAAN KATA

tarbiah: pendidikan atau pengasuhan.

bermunajat: mendekati atau mendampingi Allah dengan cara berdoa, berzikir dan lain-lain.

tawaf: mengelilingi Kaabah.

INFORMASI

* Nama penuh Siti Khadijah iaitu Siti Khadijah binti Khuwalid bin Asad bin Abdul Uzza bin Qushai, yang tergolong daripada golongan bangsawan dan ternama di Mekah.

- Petikan daripada buku Untaian 366 Kisah Daripada al-Quran, Edusystem Sdn. Bhd.