BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, 27 June 2009

Indahnya kasih sayang

Daripada Mu'az ra daripada Rasulullah saw: Allah berfirman (hadis qudsi):

وَجَبَتْ مَحَبَّتِيْ لِلْمُتَحَابِّيْنَ فِيَّ ، وَالْمُتَجَالِسِيْنَ فِيَّ ، وَالْمُتَبَاذِلِيْنَ فِيَّ ، وَالْمُتَزَاوِرِيْنَ فِيَّ

Ertinya : “ Wajib mendapat kasih sayang ku bagi orang-orang yang berkasih sayang kerana ku, orang-orang yang duduk bersama-sama kerana ku, saling hadiah menghadiah kerana ku dan orang-orang yang saling menziarahi kerana ku.”

Hadith riwayat Ahmad dgn sanad yg sahih, Tabrani, Hakim dan Baihaqi di dalam kitab Syu'abul Iman.

لا يؤمن أحدكم حتى يحب لأخيه ما يحب لنفسه

Ertinya : “Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga kasih kepada saudaranya seperti mana kasih kepada dirinya.” Hr Bukhari dan Muslim.

Wednesday, 24 June 2009

Mutiara Hati


Ibrahim bin Adhm terkenal sebagai seorang yang zahid. Kata-katanya penuh dengan hikmah dan selalu dijadikan pedoman orang-orang yang mendekatakan diri kepada Allah. Pernah suatu ketika seorang muslim datang kepadanya meminta kepada beliau, "Wahai Ibrahim, berilah kami wasiat agar seluruh kehidupan kami bermanafaat!". Maka Ibrahim Al-Adham menjawap:


1. Jika engkau melihat orang-orang sibuk dengan dunia,

maka sibukkanlah dirimu dengan akhirat.


2. Jika engkau melihat orang-orang sibuk dengan memperindah

penampilan fizik maka sibukkanlah dirimu dengan memperindah

dan mempercantikkan batinmu.


3. Jika engkau melihat orang-orang sibuk mengurus perkebunan

maka sibukkanlah dirimu dengan memakmurkan kuburan.


4. Jika engkau melihat orang-orang sibuk mengabdikan diri kepada

sesama manusia, maka sibukkanlah dirimu dengan mengabdikan

diri kepada Rabbul Alamin.


5. Jika engkau melihat orang-orang sibuk mengatakan aib orang lain,

maka sibukkanlah dirimu dengan keburukan dirimu sendiri.


6. Jadikanlah kehidupan di dunia ini sebagai taman pertanian yang

akan menghantarkan engkau ke pohon raya di akhirat kelak.