BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, 1 November 2009

Menjual diri kerana mencari Redha Allah

Sohaib dan Ammar memeluk Islam pada waktu yang sama. Pada masa itu Nabi Muhammad s.a.w. tinggal ditempat kediaman Arqam. Mereka datang secara berasingan untuk memeluk agama Islam dan telah bertemu dipintu rumah Arqam. Sohaib seperti Ammar telah menderita akibat penyiksaan yang diterima ditangan pemusuh-pemusuh Islam.

Akhirnya dia memutuskan hendak berhijrah ke Madinah.Kafir-kafir Quraish tidak mahu dia berbuat demikian lantas menghantar suatu gerombolan untuk memaksanya balik ke Mekah.Sebaik-baik sahaja kafir-kafir musyrikin itu mendekatinya, dia memekik kepada mereka:"Kamu semua tahu yang aku ini pemanah yang lebih handal daripada kamu. Selagi ada anak panah pada ku selama itulah kamu tidak dapat menghampiri aku. Apabila habis anak panah ku aku akan menggunakan pedang aku pula. Kalau kamu suka pergilah ambil wangku yang kutinggalkan di Mekah dan dua orang sahaya perempuanku sebagai penebusan diriku."

Mereka bersetuju. Dia pun memberitahu tempat dimana wangnya disimpan. Selepas itu dia meneruskan perjalanannya ke Madinah. Berkenaan dengan perbuatan Sohaib ini Allah s.w.t. telah menurunkan ayat yang berikut kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud:
"Dan dari antara manusia ada yang menjual dirinya kerana hendak mencari keridhaan Allah dan Allah itu amat penyayang kepada hamba-hambaNya."

Pada ketika menerima ayat ini Nabi Muhammad s.a.w.. berada di Qubo'. Apabila dilihatnya Sohaib, Baginda s.a.w. pun berkata: "Penjualan yang baik sungguh, Sohaib."

Tuesday, 27 October 2009

Kewafatan Rasulullah s.a.w.

Daripada ibnu Mas’ud ra bahawasanya ia berkata: ketika ajal Rasulullah s.a.w. sudah dekat, baginda mengumpul sahabat-sahabat di rumah Siti Aisyah r.a. Kemudian baginda memandang mereka sambil berlinangan air matanya, dan bersabda: “marhaban bikum, semoga Allah memanjangkan umur kamu semua, semoga Allah menyayangi, menolong dan memberikan petunjuk kepada kamu. Aku berwasiat kepada kamu, agar bertakwa kepada Allah. Sesungguhnya aku adalah sebagai pemberi peringatan untuk kamu. Janganlah kamu berlaku sombong terhadap Allah. ”

Allah berfirman: “kebahagiaan dan kenikmatan di akhirat. Kami jadikan untuk orang-orang yang tidak ingin menyombongkan dirinya dan membuat kerosakan di muka bumi. Dan kesudahan syurga itu bagi orang-orang yang bertakwa. ” Kemudian mereka bertanya: “bilakah ajal baginda ya Rasulullah? Baginda menjawab: ajalku telah hampir, dan akan pindah ke hadhrat Allah, ke sidratulmuntaha dan ke jannatul makwa serta ke arsyila’ la. ”

Mereka bertanya lagi: “siapakah yang akan memandikan baginda ya Rasulullah? Rasulullah menjawab: salah seorang ahli bait. Mereka bertanya: bagaimana nanti kami mengafani baginda ya Rasulullah? Baginda menjawab: “dengan bajuku ini atau pakaian yamaniyah. ” Mereka bertanya: “siapakah yang mensolatkan baginda di antara kami?”

Mereka menangis dan Rasulullah s.a.w. pun turut menangis. Kemudian baginda bersabda: “tenanglah, semoga Allah mengampuni kamu semua. Apabila kamu semua telah memandikan dan mengafaniku, maka letaklah aku di atas tempat tidurku, di dalam rumahku ini, di tepi liang kuburku, kemudian keluarlah kamu semua dari sisiku. Maka yang pertama-tama mensolatkan aku adalah sahabatku jibril a.s. Kemudian mikail, kemudian israfil kemudian malaikat izrail (malaikat maut) beserta bala tenteranya. Kemudian masuklah anda dengan sebaik-baiknya. Dan hendaklah yang mula solat adalah kaum lelaki dari pihak keluargaku, kemudian yang wanita-wanitanya, dan kemudian kamu semua. ”

Semenjak hari itulah Rasulullah s.a.w. bertambah sakitnya, yang ditanggungnya selama 18 hari, setiap hari ramai yang mengunjungi baginda, sampailah datangnya hari isnin, di saat baginda menghembus nafas yang terakhir. Sehari menjelang baginda wafat iaitu pada hari ahad, penyakit baginda semakin bertambah serius.

Pada hari itu, setelah Bilal bin Rabah selesai mengumandangkan azannya, ia berdiri di depan pintu rumah Rasulullah, kemudian memberi salam: “Assalamualaikum ya Rasulullah?” Kemudian ia berkata lagi “Assolah yarhamukallah. ” Fatimah menjawab: “Rasulullah dalam keadaan sakit.” Maka kembalilah Bilal ke dalam masjid, maka Bilal datang lagi ke tempat Rasulullah, lalu ia berkata seperti perkataan yang tadi. Kemudian Rasulullah memanggilnya dan menyuruh ia masuk.

Setelah Bilal bin Rabah masuk, Rasulullah s.a.w. bersabda: “saya sekarang dalam keadaan sakit, wahai Bilal, kamu perintahkan sahaja agar Abu Bakar menjadi imam dalam solat. ” Maka keluarlah Bilal sambil meletakkan tangan di atas kepalanya sambil berkata: “aduhai, alangkah baiknya bila aku tidak dilahirkan ibuku”

Kemudian ia memasuki masjid dan berkata kepada Abu Bakar agar beliau menjadi imam dalam solat tersebut. Ketika Abu Bakar r.a. melihat ke tempat Rasulullah yang kosong, sebagai seorang lelaki yang lemah lembut, ia tidak dapat menahan perasaannya lagi, lalu ia menjerit dan akhirnya ia pengsan. Orang-orang yang berada di dalam masjid menjadi bising sehingga terdengar oleh Rasulullah saw. Baginda bertanya: “wahai Fatimah, suara apakah yang bising itu? Siti fatimah menjawab: orang-orang menjadi bising dan bingung kerana Rasulullah s.a.w. tidak ada bersama mereka. ”

Kemudian Rasulullah s.a.w. memanggil Ali bin Abi Thalib dan Abbas r.a, sambil dibimbing oleh mereka berdua, maka baginda berjalan menuju ke masjid. Baginda solat dua rakaat, setelah itu baginda melihat kepada orang ramai dan bersabda: “ya ma’aasyiral muslimin, kamu semua berada dalam pemeliharaan dan perlindungan Allah, sesungguhnya dia adalah penggantiku atas kamu semua setelah aku tiada. Aku berwasiat kepada kamu semua agar bertakwa kepada Allah s.w.t, kerana aku akan meninggalkan dunia yang fana ini. Hari ini adalah hari pertamaku memasuki alam akhirat, dan sebagai hari terakhirku berada di alam dunia ini. ”

Pada hari esoknya, iaitu pada hari Isnin, Allah mewahyukan kepada malaikat maut supaya ia turun menemui Rasulullah s.a.w. dengan berpakaian sebaik-baiknya. Dan Allah menyuruh kepada malaikat maut mencabut nyawa Rasulullah s.a.w. dengan lemah lembut. Seandainya Rasulullah menyuruhnya masuk, maka ia dibolehkan masuk, namun jika Rasulullah s.a.w. tidak mengizinkannya, ia tidak boleh masuk, dan hendaklah ia kembali sahaja. Maka turunlah malaikat maut untuk menunaikan perintah Allah s.w.t. Ia menyamar sebagai seorang biasa.

Setelah sampai di depan pintu tempat kediaman Rasulullah saw, malaikat maut itupun berkata: “Assalamualaikum wahai ahli rumah kenabian, sumber wahyu dan risalah.” Fatimah pun keluar menemuinya dan berkata kepada tamunya itu: “wahai Abdullah (hamba Allah), Rasulullah sekarang dalam keadaan sakit. ” Kemudian malaikat maut itu memberi salam lagi: “Assalamualaikum. Bolehkah saya masuk?” Akhirnya Rasulullah s.a.w. mendengar suara malaikat maut itu, lalu baginda bertanya kepada puterinya fatimah: “siapakah yang ada di muka pintu itu? Fatimah menjawab: “seorang lelaki memanggil baginda, saya katakan kepadanya bahawa baginda dalam keadaan sakit. Kemudian ia memanggil sekali lagi dengan suara yang menggetarkan sukma. ” Rasulullah s.a.w. bersabda: “tahukah kamu siapakah dia?” Fatimah menjawab: “tidak wahai baginda. ” Lalu Rasulullah s.a.w. menjelaskan: “wahai Fatimah, ia adalah pengusir kelazatan, pemutus keinginan, pemisah jemaah dan yang meramaikan kubur. ”

Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda: “masuklah, wahai malaikat maut. Maka masuklah malaikat maut itu sambil mengucapkan ‘Assalamualaika ya Rasulullah. ” Rasulullah s.a.w. pun menjawab: Wa'alaikassalam ya malaikat maut. Engkau datang untuk berziarah atau untuk mencabut nyawaku?” Malaikat maut menjawab: “saya datang untuk ziarah sekaligus mencabut nyawa. Jika tuan izinkan akan saya lakukan, kalau tidak, saya akan pulang. Rasulullah s.a.w. bertanya: “wahai malaikat maut, di mana engkau tinggalkan kecintaanku Jibril? “saya tinggal ia di langit dunia” Jawab malaikat maut.

Baru sahaja malaikat maut selesai bicara, tiba-tiba jibril a.s datang kemudian duduk di samping Rasulullah saw. Maka bersabdalah Rasulullah saw: “wahai Jibril, tidakkah engkau mengetahui bahawa ajalku telah dekat? Jibril menjawab: ya, wahai kekasih Allah. ”

Seterusnya Rasulullah s.a.w. bersabda: “beritahu kepadaku wahai Jibril, apakah yang telah disediakan Allah untukku di sisinya? Jibril pun menjawab; “bahawasanya pintu-pintu langit telah dibuka, sedangkan malaikat-malaikat telah berbaris untuk menyambut rohmu.”

Baginda s.a.w. bersabda: “segala puji dan syukur bagi tuhanku. Wahai jibril, apa lagi yang telah disediakan Allah untukku? Jibril menjawab lagi: bahawasanya pintu-pintu syurga telah dibuka, dan bidadari-bidadari telah berhias, sungai-sungai telah mengalir, dan buah-buahnya telah ranum, semuanya menanti kedatangan rohmu. ”

Baginda s.a.w. bersabda lagi: “segala puji dan syukur untuk Tuhanku. Beritahu lagi wahai Jibril, apa lagi yang di sediakan Allah untukku? Jibril menjawab: aku memberikan berita gembira untuk tuan. Tuanlah yang pertama-tama diizinkan sebagai pemberi syafaat pada hari kiamat nanti.”

Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda: “segala puji dan syukur, aku panjatkan untuk Tuhanku. Wahai Jibril beritahu kepadaku lagi tentang khabar yang menggembirakan aku?” Jibril a.s bertanya: “wahai kekasih Allah, apa sebenarnya yang ingin tuan tanyakan? Rasulullah s.a.w. menjawab: “tentang kegelisahanku, apakah yang akan diperolehi oleh orang-orang yang membaca al-quran sesudahku? Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berpuasa pada bulan Ramadhan sesudahku? Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berziarah ke Baitul Haram sesudahku?” Jibril menjawab: “saya membawa khabar gembira untuk baginda. Sesungguhnya Allah telah berfirman: aku telah mengharamkan syurga bagi semua nabi dan umat, sampai engkau dan umatmu memasukinya terlebih dahulu. ”

Maka berkatalah Rasulullah saw: “sekarang, tenanglah hati dan perasaanku. Wahai malaikat maut dekatlah kepadaku?” Lalu malaikat maut pun berada dekat Rasulullah saw. Ali r.a bertanya: “wahai Rasulullah saw, siapakah yang akan memandikan baginda dan siapakah yang akan mengafaninya? Rasulullah menjawab: adapun yang memandikan aku adalah engkau wahai Ali, sedangkan Ibnu Abbas menyiramkan airnya dan Jibril akan membawa hanuth (minyak wangi) dari dalam syurga.

Kemudian malaikat maut pun mulai mencabut nyawa Rasulullah. Ketika roh baginda sampai di pusat perut, baginda berkata: “wahai Jibril, alangkah pedihnya maut. ” Mendengar ucapan Rasulullah itu, Jibril a.s memalingkan mukanya. Lalu Rasulullah s.a.w. bertanya: “wahai Jibril, apakah engkau tidak suka memandang mukaku? Jibril menjawab: wahai kekasih Allah, siapakah yang sanggup melihat muka baginda, sedangkan baginda sedang merasakan sakitnya maut?” Akhirnya roh yang mulia itupun meninggalkan jasad Rasulullah saw.

Berkata Anas r.a: “ketika aku lalu di depan pintu rumah Aisyah r.a aku dengar ia sedang menangis, sambil mengatakan: wahai orang-orang yang tidak pernah memakai sutera. Wahai orang-orang yang keluar dari dunia dengan perut yang tidak pernah kenyang dari gandum. Wahai orang yang telah memilih tikar daripada singgahsana. Wahai orang yang jarang tidur di waktu malam kerana takut neraka sa’ir. ”

Dikisahkan dari Said bin Ziyad dari Khalid bin Saad, bahawasanya Mu’az bin Jabal r.a telah berkata: “Rasulullah s.a.w. telah mengutusku ke negeri Yaman untuk memberikan pelajaran agama di sana. Maka tinggallah aku di sana selama 12 tahun. Pada satu malam aku bermimpi dikunjungi oleh seseorang, kemudian orang itu berkata kepadaku: “apakah anda masih lena tidur juga wahai Mu’az, padahal Rasulullah s.a.w. telah berada di dalam tanah. ” Mu’az terbangun dari tidur dengan rasa takut, lalu ia mengucapkan: “a’uzubillahi minasy syaitannir rajim?” Setelah itu ia lalu mengerjakan solat.

Pada malam seterusnya, ia bermimpi seperti mimpi malam yang pertama. Mu’az berkata: “kalau seperti ini, bukanlah dari syaitan?” Kemudian ia memekik sekuat-kuatnya, sehingga didengar sebahagian penduduk Yaman. Pada esok harinya orang ramai berkumpul, lalu mu’az berkata kepada mereka: “malam tadi dan malam sebelumnya saya bermimpi yang sukar untuk difahami. Dahulu, bila Rasulullah s.a.w. bermimpi yang sukar difahami, baginda membuka mushaf (al-quran). Maka berikanlah mushaf kepadaku. Setelah mu’az menerima mushaf, lalu dibukanya maka nampaklah firman Allah yang bermaksud: “sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati pula?” (az-zumar: 30).

Maka menjeritlah mu’az, sehingga ia tak sedarkan diri. Setelah ia sedar kembali, ia membuka mushaf lagi, dan ia nampak firman Allah yang berbunyi: “Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul. Apakah jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang (murtad)? Barangsiapa yang berbalik ke belakang, maka ia tidak dapat mendatangkan mudharat kepada orang-orang yang bersyukur?” (Ali-lmran: 144)

Maka mu’az pun menjerit lagi: “aduhai Abal-Qassim. Aduhai Muhammad?” Kemudian ia keluar meninggalkan negeri Yaman menuju ke Madinah. Ketika ia akan meninggalkan penduduk Yaman, ia berkata: “seandainya apa yang kulihat ini benar. Maka akan meranalah para janda, anak-anak yatim dan orang-orang miskin, dan kita akan menjadi seperti biri-biri yang tidak ada pengembala. ” Kemudian ia berkata: “aduhai sedihnya berpisah dengan nabi muhammad saw?”

Lalu iapun pergi meninggalkan mereka. Di saat ia berada pada jarak lebih kurang tiga hari perjalanan dari Kota Madinah, tiba-tiba terdengar olehnya suara halus dari tengah-tengah lembah, yang mengucapkan firman Allah yang bermaksud: “setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati. ”

Lalu mu’az mendekati sumber suara itu, setelah berjumpa, Mu’az bertanya kepada orang tersebut: “bagaimana khabar Rasulullah saw? Orang tersebut menjawab: wahai Mu’az, sesungguhnya Muhammad s.a.w. telah meninggal dunia. Mendengar ucapan itu mu’az terjatuh dan tak sedarkan diri. Lalu orang itu menyedarkannya, ia memanggil mu’az: wahai mu’az sedarlah dan bangunlah. ” Ketika mu’az sedar kembali, orang tersebut lalu menyerahkan sepucuk surat untuknya yang berasal dari Abu Bakar Assiddik, dengan cop dari Rasulullah saw.

Tatkala Mu’az melihatnya, ia lalu mencium cop tersebut dan diletakkan di matanya, kemudian ia menangis dengan tersedu-sedu. Setelah puas ia menangis iapun melanjutkan perjalanannya menuju Kota Madinah.

Mu’az sampai di Kota Madinah pada waktu fajar menyingsing. Didengarnya Bilal sedang mengumandangkan azan subuh. Bilal mengucapkan: “asyhadu allaa ilaaha illallah” Mu’az menyambungnya: “wa asyhadu anna muhammadur Rasulullah” Kemudian ia menangis dan akhirnya ia jatuh dan tak sedarkan diri lagi. Pada saat itu, di samping Bilal bin Rabah ada Salman Al-Farisy ra lalu ia berkata kepada Bilal: “wahai Bilal sebutkanlah nama Muhammad dengan suara yang kuat dekatnya, ia adalah Mu’az yang sedang pengsan. Ketika Bilal selesai azan, ia mendekati Mu’az, lalu ia berkata: “Assalamualaika, angkatlah kepalamu wahai Mu’az, aku telah mendengar dari Rasulullah saw, baginda bersabda: “sampaikanlah salamku kepada Mu’az. ”

Maka mu’az pun mengangkatkan kepalanya sambil menjerit dengan suara keras, sehingga orang-orang menyangka bahawa ia telah menghembus nafas yang terakhir, kemudian ia berkata: “demi ayah dan ibuku, siapakah yang mengingatkan aku pada baginda, ketika baginda akan meninggalkan dunia yang fana ini, wahai Bilal?

Marilah kita pergi ke rumah isteri baginda Siti Aisyah ra. ” Ketika sampai di depan pintu rumah Siti Aisyah, Mu’az mengucapkan: “Assalamualaikum ya ahlil bait, wa rahmatullahi wa barakatuh?” Yang keluar ketika itu adalah Raihanah, ia berkata: “Aisyah sedang pergi ke rumah Siti Fatimah.

Kemudian Mu’az menuju ke rumah Siti Fatimah dan mengucapkan: “Assalamualaikum ya ahli bait. ” Siti Fatimah menyambut salam tersebut, kemudian ia berkata: “Rasulullah s.a.w. bersabda: orang yang paling alim di antara kamu tentang perkara halal dan haram adalah Mu’az bin Jabal, ia adalah kekasih Rasulullah saw. ”

Kemudian Fatimah berkata lagi: “masuklah wahai Mu’az?” Ketika Mu’az melihat Siti Fatimah dan Sisyah ra ia terus pengsan dan tak sedarkan diri. Ketika ia sedar, Fatimah lalu berkata kepadanya: “saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: sampaikanlah salam saya kepada Mu’az dan khabarkan kepadanya bahawasanya ia kelak di hari kiamat sebagai imam ulama. ” Kemudian Mu’az bin Jabal keluar dari rumah Siti Fatimah menuju ke arah kubur Rasulullah saw.

Sunday, 25 October 2009

NABI MUHAMMAD SAW MAKHLUK TERAGUNG

Nabi Muhammad saw meskipun sama kejadiannya dengan manusia lain di muka bumi ini, namun bentuk lahiriah dan rohaniahnya tidak sama. Baginda mempunyai keistimewaan yang sama sekali tidak terdapat pada manusia-manusia biasa.

Sebagai manusia yang terbaik di muka bumi ini, Baginda dianugerahkan dengan keperibadian dan perwatakan yang istimewa kerana padanyalah terdapat contoh untuk diteladani.

Umum mengetahui keadaan yang zahir adalah gambaran yang terjelma dari unsur-unsur batin. Rupa paras seseorang boleh membantu menjelaskan keperibadian setiap individu. Ciri-ciri seperti bentuk badan, sifat fizikal dan rupa bentuk anggota adalah menggambarkan tentang akal dan akhlak seseorang.

Begitulah dengan Nabi Muhammad saw. yang mempunyai bentuk badan yang indah dan segak, namun tidak dapat digambarkan oleh mana-mana pelukis potret di dunia ini. Allah mengharamkan penggambaran potret Baginda oleh sesiapa saja. Sungguhpun begitu sifat-sifat kecantikan baginda masih boleh diillusikan melalui pertuturan dan riwayat para sahabat dan tabi'in.

Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda. Ulama Yahudi berkenaan terpukau dengan raut paras dan akhlak baginda yang sudah tentunya milik seorang Rasul Agung di muka bumi ini.

Para sahabat yang sentiasa bersamanya sentiasa meneliti bentuk tubuh tokoh kesayangannya secara terperinci. Di antara kata-kata gambaran mereka yang pernah melihat baginda saw:

* Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah. Aku melihat cahaya memancar dari lidahnya.

* Seandainya kamu melihat Rasulullah, kamu akan merasa seolah-olah sedang melihat matahari terbit.

* Aku pernah melihat Rasulullah saw di bawah sinaran bulan. Aku bandingkan wajahnya dengan bulan,
akhirnya aku sedari bahawa Rasulullah saw jauh lebih cantik daripada sinaran bulan.

* Rasulullah saw seumpama matahari yang bersinar. Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah saw.

*Apabila Rasulullah saw berasa gembira, wajahnya bercahaya seperti bulan purnama dan dari situ kami mengetahui yang baginda sedang gembira.

* Kali pertama memandangnya, sudah tentu kamu akan terpesona

* Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat

* Wajahnya seperti bulan purnama

* Dahi Baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya. Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.

* Mata Baginda hitam dengan bulu mata yang panjang

* Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.

* Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.

* Mulut baginda sederhana luas dan cantik

* Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.

* Apabila berkata-kata cahaya kelihatan memancar dari giginya

* Janggutnya penuh dan tebal menawan

* Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca. Warna lehernya putih seperti perak sangat indah.

* Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.

* Rambutnya sedikit ikal

* Rambutnya tebal kadang-kadang menyentuh pangkal telinga dan kadang-kadang mencecah bahu tapi disisir rapi

* Rambutnya terbelah di tengah

* Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat

* Dadanya bidang dan selaras dengan perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih daripada biasa.

*Seimbang antara kedua bahunya

*Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya , jarinya juga besar dan tersusun dengan cantik

*Aku tidak pernah menyentuh sebarang sutera yang tipis mahupun tebal yang lebih lembut daripada tapak tangan Rasulullah saw.

*Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik. kakinya berisi, di tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air. Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.

*Warna kulitnya tidak putih seperti kapur atau coklat tapi campuran antara coklat dan putih. Warna putihnya lebih banyak.

* Warna kulit Baginda putih kemerah-merahan

* Warna kulitnya putih tapi sehat

* Kulitnya putih lagi bercahaya

* Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh

* Badannya tidak gemuk

* Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak

* Perutnya tidak buncit

* Badannya cenderung kepada tinggi. Semasa berada di kalangan orang ramai, baginda kelihatan lebih tinggi daripada mereka

* Sekalipun baginda miskin dan lapar tapi tubuhnya lebih gagah dan sihat daripada orang yang cukup makan.

Aku tidak pernah melihat seorang lelaki yang lebih gagah dan berani daripada Rasulullah saw.

Begitu hebat personaliti dan ketokohan Baginda saw., makhluk terpuji dan teragung di muka bumi. Kesimpulannya Nabi Muhammad saw. adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman.


MORAL & IKTIBAR

* Nabi Muhammad saw. adalah manusia terbaik pilihan Allah.
* Sifatnya yang terpuji merangkumi aspek fizikal dan rohani.
* Atas sifatnya yang superior inilah baginda dilantik menjadi pemimpin seluruh manusia di dunia ini.
* Baginda adalah manusia mithali yang serba lengkap dan serba kamil dan layaklah baginda tidak disentuh sebarang dosa lagi bersifat dengan maksum.
* Kepimpinan Baginda sepatutnya menjadi contoh teladan kepada semua manusia di muka bumi ini.


Barangsiapa mentaati Allah tanpa mengakui kerasulan Nabi saw, nescaya Allah tidak menerima keimanannya.

Saturday, 17 October 2009

AWAN MENGIKUTI ORANG YANG BERTAUBAT

Diriwayatkan bahwa seorang tukang jaga terpesona kepada budak tetangganya. Suatu saat gadis itu mendapatkan tugas menyelesaikan urusan keluarganya di desa lain. Si tukang jaga lalu mengikutinya dari belakang sampai akhirnya berhasil menemukannya. Si tukang jaga lalu memanggil gadis itu dan mengajaknya menikmati kesempatan berasmara. Tetapi gadis itu menjawab, "Jangan lakukan. Meskipun sangat mencintaimu, aku sangat takut kepada Allah."

Mendengar jawapan itu, si tukang jaga merasa dunia berputar. Kerana menyesal dan sedar hatinya gementar, tenggoroknya kering dan hatinya semakin berdebar, dia lalu berkata, "Kau takut kepada Allah sedangkan aku tidak."

Dia pulang sambil bertaubat. Di jalan ia diserang haus dan nyaris mati. Is kemudian bertemu seorang soleh. Mereka berjalan bersama. Mereka melihat gumpalan awan berjalan menaungi mereka berdua sampai mereka masuk ke sebuah desa. Mereka berdua yakin bahwa awan itu untuk orang yang soleh. Kemudian mereka berpisah di desa tersebut. Awan itu ternyata condong dan terus menaungi si tukang jaga itu sampai dia tiba di rumahnya. Orang soleh tadi heran melihat kenyataan ini. Dia lalu mengikuti tukang jaga tadi lantas bertanya kepadanya dan dijawabnya juga di tempat itu. Maka laki-laki soleh itu berkata, "Janganlah heran terhadap apa yang kau lihat, kerana orang yang bertaubat kepada Allah itu berada di suatu tempat yang tak seorang pun berada di situ."

TUJUH MACAM PAHALA YANG DAPAT DINIKMATINYA SELEPAS MATINYA

Dari Anas r.a. berkata bahwa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya.

1. Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya.

2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.

3. Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.

4. Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.

5. Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung.

6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.

7. Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya

8. yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur'an maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.

Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah S.A.W. telah bersabda : "Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga macam :

1. Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah)

2. Ilmu yang berguna dan diamalkan.

3. Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya.

Anak soleh




Thursday, 8 October 2009

Rahsia Poligami Rasullulah

Setelah kewafatan Rasulullah SAW, masih terdapat 9 isteri baginda yang masih hidup. Sebahagian orang bertanya rahsia ramainya isteri baginda. Apakah Rahsianya?.

Kebanyakan manusia suka mencari kelemahan orang baik-baik. Pelbagai tuduhan yang dilontarkan antaranya, Nabi SAW seorang hiperseks dan gila wanita.

Bagi kita, selama 26 tahun Nabi SAW bersama Khadijah menanda kesucian dan kebersihan jiwa baginda, padahal ketika itu, usia Khadijah adalah 66 tahun yang boleh dikatakan ‘nenek’. Jika mengikut syahwat manusia biasa, Nabi SAW boleh mencari gadis yang cantik berbanding ‘nenek’ Khadijah. Ini adalah bukti yang kuat bagi meruntuhkan tuduhan penfitnah tersebut.

Nabi SAW menikahi ramai perempuan ada beberapa sebab;

a. Pengorbanan Harta untuk Dakwah

Perkara ini berlaku atas diri Khadijah sendiri. Khadijah banyak membantu Rasulullah SAW semasa baginda susah. Bantuan Khadijah menambah kasih Rasulullah SAW terhadap dirinya.

b. Memadam Fitnah

Perkahwinan Rasulullah dengan Shafiyah Binti Huyay bagi mengelak fitnah. Pada waktu itu, Shafiyah adalah gadis yang paling cantik dan ramai lelaki berebut-rebut nak menikahinya. Jika Nabi SAW tidak menikahinya, maka ia akan menjadi sumber fitnah bagi bangsa Arab.

Aisyah dan para isteri Rasulullah selalu bergurau dengan Shafiyah dengan panggilan ‘Hai gadis Yahudi’. Shafiyah terasa hati dan mengadu kepada Nabi SAW. Nabi SAW berkata nyatakan kepada mereka ‘Ayahku Harun, Pakcikku Musa dan suamiku Muhammad’. Kata-kata Shafiyah ini berjaya mengunci mulut para isteri Nabi SAW.

c. Pelaksanaan Syariat

Perkahwinan ini berlaku apabila baginda menikahi Syaidah Zainab Bin Jahsy
‘Dan(ingatlah) ketika kamu berkata kepada orang yang Allah telah melimpahkan nikmat kepadanya dan kamu(juga) telah memberi kan nikmat kepadanya, ‘tahan isterimu dan bertaqwalah kepada Allah’, sedangkan kamu menyembunyikan di dalam hatimu apa yang Allah akan menyatakannya, dan kamu takut kepada manusia, sedang Allah lebih berhak untuk kamu takuti. Maka sesudah telah selesai hubungan Zaid dengan isterinya(menceraikannya), Kami kahwinkan kamu dengannya supaya tidak ada keberatan bagi orang mukmin untuk(mengahwini) isteri-isteri anak angkat mereka apabila telah selesai hubungannya dengan mereka. Dan bahawa ketetapan Allah pasti berlaku(al ahzab:37)

Menurut tradisi Arab ketika itu, anak angkat seumpama anak kandung. Tatkala Allah SWT menyuruh Nabi SAW, menikahkan Zaid dengan Zainab. Zainab bersetuju akur perintah Allah.

Zainab tidak bahagia dengan Zaid ekoran sikap Zainab yang suka membangkang dan tidak taat kepada Zaid. Zaid mengadu kepada Rasulullah SAW. Baginda menyuruh Zaid bersabar. Akhirnya Zaid menceraikan Zainab dan baginda Nabi SAW mengakuri wahyu Allah agar mengahwini Zainab.

Perkahwinan ini penting bagi syariat mengahwini bekas isteri anak angkat.

d. Penghargaan Terhadap Perjuangan

Ummu Salamah masuk Islam awal dan berjihad. Abu Salamah meninggal ketika puteranya masih kecil. Ummu Salamah berhijrah seorang diri. Ummu Salamah sangat mencintai suami yang terkorban dalam jihad. Akhirnya, Allah SWT mengantikan suami terbaik untuk beliau iaitu Rasulullah SAW sendiri.

Ini adalah tujuan luhur poligami Rasulullah SAW. Perkahwinan baginda bukan berlandas nafsu tapi mengikuti perintah Allah SWT dan sifat kemanusiaan baginda.

Sumber: Imam Hasan al Banna