BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday 23 January 2010

Apabila Melewati Kawasan Kaum Yang Pernah di Azab Allah

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Semoga Allah menunjukki kita jalan kebenaran. Semoga kita sentiasa didalam limpahan Nur RahmatNya. Semoga Kita tidak mati melainkan didalam Iman dan Islam.












Kisah dan IktibarPerjalanan Nabi Muhammad melewati lembah berbatu

PADA ada suatu hari, Rasulullah dan para pengikutnya telah bermusafir untuk menghadapi Perang Tabuk. Sebelum meneruskan perjalanan, mereka singgah di suatu tempat untuk beristirehat.

Sambil beristirehat, para sahabat berjalan-jalan menuju ke satu longgokan batu-batan. Batu-batan itu adalah kesan peninggalan kaum Tsamud pada zaman Nabi Saleh.

Ketika melalui kawasan tersebut, mereka menjumpai beberapa buah perigi. Perigi-perigi itu pernah digunakan oleh kaum Tsamud sebagai sumber minuman dan ternakan mereka.

Lalu para sahabat mengambil air dari perigi itu untuk menghilangkan dahaga. Mereka juga menggunakan air tersebut untuk mengadun roti.

Apabila Rasulullah mengetahui tentang perkara tersebut, baginda melarang mereka menggunakan air itu. Baginda juga menyuruh para sahabat supaya membuang adunan roti itu untuk dijadikan makanan unta.

Kemudian Rasulullah mengajak pengikutnya berpindah ke perigi yang pernah digunakan oleh unta Nabi Saleh. Walau bagaimanapun, baginda melarang mereka memasuki wilayah kaum Tsamud yang telah diazab oleh Allah suatu ketika dahulu.

Baginda bersabda, "Aku khuatir kalau kamu akan ditimpa azab seperti yang pernah menimpa kaum Tsamud. Oleh itu janganlah kamu masuk ke wilayah mereka".

Baginda juga bersabda, "Jangan kamu menjejakkan kaki ke tempat orang-orang yang pernah diseksa, kecuali kamu menangis. Sekiranya kamu tidak boleh menangis, jangan sekali-kali kamu menjejakkan kaki ke sana jika tidak ingin ditimpa bencana seperti yang mereka alami".

Lalu baginda menyeru pengikut-pengikutnya supaya mengerjakan solat berjemaah.

"Kami berasa takjub dengan mereka, wahai Rasulullah," kata salah seorang sahabat apabila mereka melihat kawasan tersebut.

Lalu Rasulullah pun berkata, "Kamu mahu aku tunjukkan sesuatu yang lebih mengagumkan daripada itu?

Perkara itu ialah apabila salah seorang daripada kamu menyampaikan berita kepada kamu tentang peristiwa yang terjadi sebelum dan selepas kamu. Oleh itu, luruskan dirimu dan rapatkan barisanmu nescaya kamu tidak akan diazab walau sedikitpun kelak".

Pengikut-pengikut Rasulullah akur dengan arahan baginda dan mereka mengerjakan solat berjemaah bersama baginda.

Ada sesetengah riwayat menerangkan ketika Rasulullah melintasi kawasan tersebut, baginda menundukkan kepala dan mempercepatkan langkahnya. Ini untuk mengelakkan daripada berlakunya sebarang bencana.


Jika kita membaca sirah di atas, Rasullulah telah melarang daripada memasuki wilayah kaum yang pernah diazab oleh Allah seperti kaum Tsamud ini. Selain Kaum Tsamud, Kaum Nabi Lut juga diazab oleh Allah dengan menterbalik kan bumi. Dimana kawasan Nabi Lut itu sekarang ini?



Sejarah Kaum Nabi Lut A.SSejarah Laut Mati bermula pada zaman Nabi Lut apabila mereka melakukan beberapa kerosakan di muka bumi. Mereka dicela akibat beberapa perlakuan yang melanggar syariat seperti homosexual, melakukan seks sesama lelaki, merompak dan membunuh. Bagaimanapun, kaum Nabi Lut ini lebih terkenal dengan sejarah homosexual. Klimaks kemurkaan Allah terhadap kaum ini bermula apabila Allah menghantar Malaikat yang menyamar sebagai seorang lelaki yang tampan. yang tinggal bersama Nabi Lut. Apabila mereka mengetahui tetang kehadiran lelaki tampan ini, mereka bergegas ke rumah Nabi Lut dan merogol lelaki ini. Malaikat telah diarah untuk menterbalikkan kawasan tempat tinggal mereka ke bawah. Bagaimanapun, pengikut Nabi Lut telah diselamatkan dari malapetaka ini.

Sejarah Laut Mati boleh juga dilihat di dalam Surah Ar-Rum di dalam Al-Quranul karim.

Semoga kita mendapat iktibar daripada malapetaka yg menimpa Kaum Nabi Lut supaya menjauhkan diri daripada melakukan kemaksiatan yg sama...

Wa na'uzubillah min Zalik



FaktaL aut Mati (bahasa Ibrani: ים המלח; bahasa Arab: البحر الميت‎) merupakan kawasan paling rendah di dunia yang tidak dilitupi ais, serendah 418 m di bawah aras laut, dan juga tasik masin yang terdalam, sedalam 330 m. ia juga merupakan laut termasin di dunia, dengan kemasinan hampir 30 %. Ini lebih kurang 8.6 kali lebih masin dari laut biasa. Oleh kerana itu tiada satu pun hidupan yang boleh hidup di dalamnya.

Tasik atau laut ini terletak di sempadan Jordan dan Tebing Barat. Panjangnya 67 km dan 18 km paling lebar. Cawang sungai utamanya ialah Sungai Jordan.


Namun hakikatnya terbalik,apa yang dilarang itulah yang dilakukan. Hari ini, berapa ramai yang suka berkunjung di Laut Mati? Siap melancong dan mandi manda. Kalau melancong tu,bermakna memang niat untuk berziarah, bukan terpaksa melalui untuk menuju kesesuatu tempat seperti zaman Rasullulah terpaksa melalui kerana berperang.

Selain itu ada pula sekarang produk kecantikan 'sabun lumpur Laut Mati' dan 'masker lumpur Laut Mati'. Ini semua secara halus menentang apa yang Rasullulah larang. Maka apa akibatnya melanggar perkara yang dilarang oleh Rasullulah? Kita tunggu dan lihat saja...



KILANG SABUN ORGANIK  Intan 8 - Fri 21/Aug/09, 11:54pm
KAMI MEMBEKAL ANEKA JENIS SABUN ORGANIK HANDMADE, KAMI JUGA MENERIMA TEMPAHAN SEKIRANYA ANDA BERMINAT UNTUK MEMPUNYAI SABUN JENAMA SENDIRI, KELULUSAN DARIPADA KEMENTERIAN KESIHATAN DISEDIAKAN, SAYA TELAH MEMBEKAL RAMAI PENGASAS KOSMETIK PRODUK SABUN KELUARAN MEREKA...

KEPADA ANDA YANG MEMPUNYAI MASALAH KULIT SENSITIF BOLEH MENDAPATKAN SABUN YANG BEBAS KIMIA, HALAL DAN BERKESAN

SABUN YANG KAMI BOLEH BEKALKAN ADALAH SABUN GUNUNG BERAPI, SABUN LUMPUR LAUT MATI, SABUN KOPI, SABUN MUTIARA, SABUN PULUT HITAM, SABUN BERAS, SABUN KAYU MANIS, SABUN SERAI WANGI, SABUN KOKO, SABUN LAVENDER MILK DAN BANYAK LAGI....



Masker lumpur Laut MatiHingga kini begitu banyak tempat yang memanfaatkan kekayaan mineral air Laut Mati. Melalui penelitian dari berbagai ahli di seluruh penjuru dunia selama bertahun-tahun, kini terbukti bahwa mineral lumpur laut air mati boleh menyembukan penyakit eksim, penyakit kulit kronis, pusing, jerawat, rematik, penyakit syaraf, nyeri otot, serta bermanfaat untuk meringankan stres. Selain itu, juga berguna menjaga kecantikan kulit karena bersifat melembapkan, mengangkat sel kulit mati, serta melancarkan aliran nutrisi ke permukaan kulit. Uniknya, lumpur ini juga mengandung zat yang bisa mengurangi lemak.

Garam Mineral

Perawatan dengan lumpur laut mati biasanya diikuti dengan berendam garam laut mati, untuk memaksimalkan perawatan. Garam mineral tersebut berfungsi untuk mengeluarkan toksin dalam tubuh, melembutkan, membersihkan dan menyegarkan kulit. Selain itu, garam mandi juga sering digunakan dalam terapi spa karena efektif mengurangi nyeri otot dan menguraikan otot yang tegang.

Semoga kisah  larangan Rasullulah apabila melalui kawasan kaum yang diazab oleh Allah menjadi iktibar kepada kita. Apabila para sahabat mengambil air dari perigi kaum yang telah diazab Allah,untuk mengadun roti pun di arahkan buang adunan itu (diberikan kepada unta) bermakna mengambil bahan lumpur dari Laut Mati juga adalah dilarang. Namun, semakin banyak pula Produk Lumpur Laut Mati berada dipasaran sekarang ini. Harap halaqian berhati-hati dengan Produk Lumpur Laut Mati ini.

Meninggal apa yang dilarang oleh Rasullulah dan hidup ikut Al-Quran dan As-Sunnah.

سُوۡرَةُ الرُّوم
أَوَلَمۡ يَسِيرُواْ فِى ٱلۡأَرۡضِ فَيَنظُرُواْ كَيۡفَ كَانَ عَـٰقِبَةُ ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِهِمۡ‌ۚ ڪَانُوٓاْ أَشَدَّ مِنۡہُمۡ قُوَّةً۬ وَأَثَارُواْ ٱلۡأَرۡضَ وَعَمَرُوهَآ أَڪۡثَرَ مِمَّا عَمَرُوهَا وَجَآءَتۡهُمۡ رُسُلُهُم بِٱلۡبَيِّنَـٰتِ‌ۖ فَمَا كَانَ ٱللَّهُ لِيَظۡلِمَهُمۡ وَلَـٰكِن كَانُوٓاْ أَنفُسَہُمۡ يَظۡلِمُونَ (٩) ثُمَّ كَانَ عَـٰقِبَةَ ٱلَّذِينَ أَسَـٰٓـُٔواْ ٱلسُّوٓأَىٰٓ أَن ڪَذَّبُواْ بِـَٔايَـٰتِ ٱللَّهِ وَكَانُواْ بِہَا يَسۡتَهۡزِءُونَ

Surah Al-Room
Tidakkah mereka telah berjalan dan mengembara di muka bumi, serta memerhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang terdahulu dari mereka? Orang-orang itu lebih kuat daripada mereka sendiri dan orang-orang itu telah meneroka bumi serta memakmurkannya lebih daripada kemakmuran yang dilakukan oleh mereka dan orang-orang itu juga telah didatangi oleh Rasul-rasulnya dengan membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata (lalu mereka mendustakannya dan kesudahannya mereka dibinasakan). Dengan yang demikian, maka Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri. (9) Sesudah dibinasakan di dunia maka akibat orang-orang yang melakukan kejahatan itu ialah seburuk-buruk azab (di akhirat kelak), disebabkan mereka mendustakan ayat-ayat keterangan Allah dan sentiasa mempersendakannya. (10) 



Kisah Saudagar di Laut Mati.

Kisah Sejarah:  Kaum Nabi Luth tinggal di kota Sodom yang terletak berhampiran Laut Mati. Di zaman Nabi Luth ini banyak berlaku nya perbuatan homoseksual dan juga lesbian. Sudah penat Nabi Luth mengajak kaum nya bertaubat tetapi tidak diendahkan oleh mereka akan Nabi Luth. Sehingga lah Nabi Luth berputus asa dan berdoa kepada Allah agar diturunkan balasan terhadap kaum nya. Allah telah menterbalikkan kota Sodom dan tenggelam lah kota Sodom di Laut Mati. Laut Mati ini telah dilaknat oleh Allah sehinggakan tiada ikan yang mampu hidup di Laut Mati.


Perlu diambil tahu  dari mana asal perkatan sodom ni. Dari kota Sodom la. Sodomy = Liwat. Sekian...