"Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah " Orang yang mengharapkan rahmat dan kasih Allah hendaklah mengikuti jejak Rasulullah Sallallahu 'alaihi Wasallam, kerana pada diri baginda terdapat suri teladan yang baik. Baginda berlaku baik terhadap jiran tetangga, kasih sayang kepada fakir miskin, anak yatim, para janda dan lain-lain, pakar di bidang kenegaraan, peperangan dan politik, mahir di dalam perniagaan dan pertanian, maka seharusnya umat Islam mengikutinya Baginda sangat benci kepada sifat-sifat sombong, angkuh, berdusta, khianat dan semua sifat-sifat yang buruk, maka umat Islam juga hendaklah mengikutinya Pendek kata, segala tingkah laku dan keperibadian Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam hendaklah ditiru dan diamalkan di dalam kehidupan ini. Tidak seharusnya umat Islam hanya meniru sebahagian daripadanya yang mudah dan meninggalkan yang dianggapnya sukar. Hendaklah kita mengikuti baginda secara keseluruhan supaya kita menjadi Muslim yang benar benar mengikuti ajaran dan kepercayaan Islam.
Sesungguhnya, keimanan kita adalah diukur sejauh manakah ketaatan kita terhadap Allah dan RasulNya. Semoga Allah meredhai kita di dalam menegakkan kebenaran dan kebaikan melalui ajaran-ajaran Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam, sehingga Islam benar-benar tegak sebagai agama yang luhur di bumi ini.
Sunday, 26 July 2009
Suri Teladan Akhlak Rasullulah
Posted by Samudera Qaseh at 7/26/2009 09:12:00 am 0 comments
Labels: akhlak
Antara Peribadi dan Akhlak Rasulullah S.A.W
~Wajahnya sentiasa ceria yang menyejukkan mata memandangnya
~Sangat elok dan sempurna wajahnya
~Baginda memilik perasaan yang halus
~Beliau mengambil wudhu' sebelum tidur dan berzikir hingga lena
~Suka makan beramai-ramai daripada berseorangan
~Bencikan kemegahan dan perhiasan yang cantik melambangkan kesombongan dan kemegahan
~Beliau makan setelah lapar dan berhenti sebelum kenyang
~Tidak pernah mengumpat , mencerca atau menghina orang lain
~Baginda memelihara rambutnya dengan kemas
~Baginda memakai serban di atas kopiahnya
~Suka membalas hadiah
~Baginda mengucapkan salam kepada ahli rumah ketika hendak keluar atau masuk
~Baginda sangat berlemah-lembut dengan isterinya dan ahli keluarganya
~Sentiasa memulakan salam kepada sesiapa yang ditemuinya
~Baginda bersalaman dengan sahabatnya dan memeluk mereka ketika berjumpa
~Ketika berjabat tangan ia tidak melepaskan tangannya sehinggalah orang dijabatnya itu melepaskan tangannya.
~Apabila melepasi kumpulan kanak-kanak , baginda mengangkat tangannya tanda hormat kepada mereka.
~Tidak menatap atau merenung wajah orang lain lama-lama
~Sangat menghormati orang-orang tua dan mengasihani orang-orang muda dan kanak-kanak
~Tidak bangun dari sesuatu majlis makan sehingga tetamu lain bangun
~Tidak pernah menjulurkan kakinya di depan para sahabat
~Baginda suka bercakap lambat-lambat dan menyebut perkataan dengan jelas
~Sentiasa menumpukan perhatian kepada orang yang bercakap dengannya
~Tidak pernah ketawa terbahak-bahak tetapi hanya tersenyum lembut
~Sangat fasih dan manis dalam tutur bicara .
~Tersangat sabar dan tabah bila menghadapi setiap cabaran dan kesusahan
~Amat kasih terhadap umatnya.
~Tidak pernah mengambil rezeki kurnian Allah melebihi keperluan makan minumnya .
~Rezeki yang melebihi keperluan akan ditaburkan untuk jihad Fisabilillah .
~Sentiasa membantu orang lain walaupun ia sendiri dalam kesusahan
~Tidak pernah menghina orang miskin dan tidak rasa terhina bergaul dengan mereka
~Suka menziarahi orang sakit
~Amat pemurah hingga digambarkan seperti angin lalu pemurahnya
~Baginda tidak suka tidur di bilik gelap dan di bawah bumbung yang terbuka dan tidak beratap .
~Tangannya tidak pernah menyentuh kulit wanita ajnabi
~Bersikap tegas , pemaaf dan pengasih dalam perjuangan
Posted by Samudera Qaseh at 7/26/2009 08:04:00 am 0 comments
Labels: akhlak
Ketinggian akhlak asas keteguhan iman
Islam telah mengingatkan kepada umatnya mengenai pentingnya memelihara akhlak dan mengamalkan nilai-nilai mulia dalam kehidupan seharian kita dan sebagai hamba yang taat kepada perintah Allah s.w.t., sama sekali kita tidak dibenarkan melakukan sebarang kemungkaran, kemaksiatan, kekejian dan seumpamanya kerana ia merupakan satu tegahan yang nyata.
Firman Allah s.w.t. dalam Al-Quran surah al-Anbiyaa’ ayat 107 iaitu bermaksud : " Dan tidaklah kami mengutuskan engkau( wahai Muhammad) melainkan menjadi rahmat bagi sekalian alam " .
Bahkan keimanan kepada Baginda adalah termasuk dalam kesempurnaan rukun iman kita. Mengapa Rasulullah s.a.w dipilih oleh Allah s.w.t. untuk membawa misi kesejahteraan ini kepada semua umat di dunia ?
Salah satu kunci kejayaan Rasulullah s.a.w dalam menyampaikan risalah dakwah ialah dengan memiliki ketinggian akhlak dan mengamalkan dalam kehidupan Baginda seperti hubungan dengan keluarga, jiran tetangga, sahabat handai, bahkan dengan kaum kafir juga Baginda sering menunjukkan akhlak mulia ini . Ummul Mu’minin Saidatina Aisyah r.a. pernah ditanya, mengenai akhlak Baginda s.a.w, maka Saidatina Aisyah menjawab dengan katanya :"akhlak Baginda adalah Al-Quran".Gambaran ketinggian akhlak Baginda s.a.w. juga dirakamkan oleh Allah s.w.t di dalam surah Al-Qalam ayat 4 yang bermaksud : "Dan bahawa sesungguhnya engkau ( wahai Muhammad) mempunyai akhlak yang sangat mulia ” .
Para ulama menyatakan bahawa Baginda tercipta di dalam keaslian fitrahnya melalui tarbiah Ilahaiyat. Dan ini adalah anugerah Allah s.w.t. ke atas kekasihnya Rasul utusan terakhir junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w. Keistimewaan yang tiada taranya menjadikan Baginda dipilih dan dilantik oleh Allah s.w.t. sebagai penghulu kepada sekalian Nabi dan Rasul . Dan kita umat Islam turut menumpang keistimewaan Baginda, kerana Allah menjadikan umat Muhammad sebagai umat terbaik diantara umat Nabi dan Rasul terdahulu .
Akhlak dan sirah perjalanan yang ditunjukkan oleh Rasul s.a.w adalah sebagai contoh teladan yang dapat mendidik diri dan peribadi Muslim agar sentiasa beriman dan bertakwa, Ini kerana setiap perkataan, perbuatan, pengakuan dan tingkah laku Baginda mengandungi hikmat dan sebagai huraian kepada prinsip-prinsip yang terkandung didalam Al-Quran . maka sudah tentu, setiap perkataan dan tindakan kita yang berpandukan akhlak dan sirah perjalanan Baginda, tidak akan terpesong atau tersasar dari landasan agama dan tuntutan syariat .
Sejarah mencatatkan bahawa akhlak Rasulullah s.a.w adalah modal utama yang dapat menarik minat golongan bukan Islam kepada Islam . contohnya, Kesah tauladan seorang Badawi membuang air kecil di dalam masjid, melihat kejadian ini maka para sahabat yang berada di situ, naik berang dan hendak memukul Badawi tadi . Bagaimanapun tindakan mereka dihalang oleh Rasulullah s.a.w, sebaliknya Baginda membiarkan Badawi itu selesai membuang air kecil . kemudian Baginda meminta sebekas air lalu disiramkan ditempat kencing tersebut . Rasulullah s.a.w bertanya kepada para sahabat, apakah yang akan terjadi jika mereka mengejar dan memukul Badawi itu semasa sedang membuang air kecil . maka jawab sahabat, seluruh kawasan masjid akan terkena najis air kencingnya . kisah ini menjadikan Badawi yang menyaksikan tindakan Rasulullah itu, merasa kagum dengan ketinggian akhlak Baginda, lalu beliau pun menyatakan hasratnya untuk memeluk Islam .
Suasana masyarakat kita pada hari ini berhadapan krisis nilai, begitu banyak budaya luar dan fahaman atau idealogi yang tidak sehat, telah mempengaruhi cara kehidupan seperti percakapan, gaya berpakaian dan pergaulan, dan apa yang lebih membimbangkan terdapat segelintir masyarakat yang mula terpengaruh dan terjebak dengan aliran Islam liberal, dan lebih dasyat lagi pengaruh Black Metal, dan sebagainya yang mencemarkan nama baik serta identiti umat Islam, dan ini membawa gambaran negatif kepada imej Islam .
Anasir-anasir yang tidak sehat ini dengan mudah menyelinap masuk serta menjajah pemikiran, seterusnya mempengaruhi kehidupan kita, sekiranya benteng iman kita tipis, cetek pengetahuan tentang Agama, meremehkan nasihat para ulama mengabaikan suruhan agama dan tidak berpegang dengan tuntutan syariat . Mereka yang diresapi dengan fahaman atau aliran yang merbahaya ini, akan mudah meminggirkan akhlak dan nilai-nilai murni sebagaimana yang dituntut oleh Allah dan RasulNya . Ingatlah, bahawa Islam sentiasa diperhatikan, dan kelemahan-kelemahan serta kecelaruan yang sedang dialami oleh umat Islam akan dijadikan sebagai asas dan modal untuk musuh-musuh Islam membina seribu satu alasan untuk memburuk-burukkan Islam. Tidak mustahil mereka akan memperalatkan saudara-saudara kita sendiri seperti yang pernah berlaku di abad lalu, khususnya ketika negara-negara umat Islam dijajah oleh kuasa penjajah .
Ini semua menandakan Islam sedang diuji . Dan ia merupakan satu peringatan kepada kita . Cara terbaik malah wajib dilakukan oleh kita ialah kembali mencontohi akhlak Baginda Nabi Muhammad s.a.w. Adalah wajar bagi kita memperingati kelahiran Baginda s.a.w sebagai tanda rasa kecintaan terhadap perjuangan Baginda. Dengan sentiasa mengingati Rasulullah s.a.w khususnya sejarah kelahiran Baginda setiap tahun sekaligus akan memberikan kita kekuatan, pengajaran dan pendidikan yang tidak secara langsung kepada masyarakat kita terutama sekali generasi muda yang bakal memimpin negara yang kini sedang berhadapan dengan zaman canggih, teknologi cyber dan penuh dengan godaan dan ancaman aqidah songsang .
Di antara akhlak Baginda Rasulullah s.a.w yang perlu dicontohi :
1. Baginda sentiasa memberi salam kepada sesiapa yang ditemui .
2. Baginda sangat menghormati orang-orang tua, mengasihani orang-orang muda dan kanak-kanak .
3. Baginda bercakap dengan lemah lembut dan sentiasa menumpukan perhatian kepada orang yang bercakap dengannya .
4. Baginda tidak pernah menghina orang miskin dan tidak merasa terhina bergaul dengan Mereka .
5. Baginda sentiasa membantu orang lain, walaupun Baginda sendiri dalam kesusahan .
6. Baginda sangat berlemah lembut dengan isteri, anak-anak dan ahli keluarganya .
7. Baginda tersangat sabar dan tabah apabila mengahadapi setiap cabaran dan kesusahan .
Apakah yang sepatutnya kita lakukan sebagai rasa tanda kasih dan sayang kepada Baginda Rasulullah s.a.w. yang telah banyak berjasa kepada kita semua ? Selain mencontohi akhlak Rasulullah s.a.w dan mengamalkannya, kita juga dituntut melakukan muhasabah diri dan mengambil iktibar untuk dihayati . Dan dalam masa yang sama, tanya diri kita, apakah roh kehidupan, akhlak dan perjuangan Rasulullah s.a.w telah kita hayati dan perjuangkan? atau apakah sebaliknya kita telah hanyut oleh arus kehidupan duniawi sehingga mengabaikan nilai agama? Amat rugi sekali sekiranya kita mengamalkan cara hidup yang bertentangan dengan amalan dan ajaran Islam yang dibawa Rasulullah s.a.w .
Mudah-mudahan kita akan menjadi umat yang terbaik dan terbilang. Firman Allah di dalam Al Quran surah Al-Ahzab , ayat 21 yang bermaksud " Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan ( keredaan ) Allah dan ( balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan memperingati Allah banyak-banyak ( dalam masa susah dan senang )” .
Ameen...
Posted by Samudera Qaseh at 7/26/2009 07:05:00 am 0 comments
Labels: akhlak, Rasullulah
Friday, 3 July 2009
Akhlak umpama bunga
Bila bercakap tentang sekuntum bunga mawar, bayangan indah, harum semerbak akan tergambar di benak kalangan kita. Mawar adalah sekuntm bunga yang bukan sahaja indah dan cantik, bahkan harum pula. Ramai yang sukakan bunga ini. Lelaki atau perempuan semua menyukainya. Cuma kekadang lelaki agak egois untuk mengakuinya.
Dalam hidup bermasyarakat dan bersahabat, kita jadikanlah diri kita sebagai bunga yang disukai oleh semua orang. Bukan senang untuk mencuri hati semua orang. Lain manusia….lain pula perangainya. Tapi walau apapun manusia, mereka tetap mempunyai fitrah yang sama. Mungkin warna kulit tidak sama, citarasa berbeza tetapi fitrah mereka sama dan serupa.
Fitrah manusia sukakan akhlak yang mulia. Akhlak yang mulia umpama bunga mawar yang disukai setiap mata yang memandangnya.
Melihatnya sudah menyejukkan hati, bahkan kasih sayang pula ditebarkan seluasnya untuk dinikmati bersama. Akhlak mulia seperti selalu menghormati orang tua yang lemah, mengasihi kanak-kanak, menghargai kaum perempuan, tidak menyakitkan hati orang lain dan segala macam sifat mahmudah yang dijelmakan samaada secara zahir mahupun dalaman.
Akhlak dalam Islam mempunyai kedudukan yang tinggi. Akhlak termasuk dalam perkara-perkara yang asas dalam islam dan tidak dibenarkan berlakunya perselisihan pendapat yang berlaku padanya seperti wujud perselisihan pandangan dalam perkara ibadah dan sebagainya.
Akhlak diletakkan dalam keutamaan agama pada kedudukan yang kedua selepas soal akidah.
Bahkan tuhan sendiri dalam Al Quran, menyatakan bahawa tujuan Rasullulah diutuskan adalah untuk menyempurnakan akhlak umat manusia. Memang dalam masyarakat pada fitrahnya adalah berakhlak mulia, tapi kedatangan Rasullulah adalah untuk menyempurnakan lagi dan memperkukuhkan lagi supaya selaras dengan fitrah Islam sendiri.
Bagaimana akhlak boleh lahir? Sekuntum bunga yang mekar lahir dari pohon yang subur dan sihat. Begitulah akhlak yang mulia; ia lahir daripada tapak IMAN kepada Allah yang kukuh. Rasullulah pernah menyatakan bahawa “ kamu tidak akan masuk syurga jika kamu tidak beriman, dan kamu tidak dikira beriman jika kamu tidak berkasih sayang…” ini menunjukkan wujud perkaitan antara iman dan akhlak. Jika iman itu baik, akan lahirlah akhlak yang baik. Begitulah jua yang berlaku sebaliknya. Akhlak ialah manifestasi dari keimanan yang teguh pada Allah.
Iman pada Allah ialah percaya bahawa Allah adalah tuhan dan kita adalah makhluk ciptaanNya. Semua manusia adalah sama disisi Allah. Dengan mengakui ketuhanan dan ketuanan Allah, secara automatik rasa bangga diri, ego, rasa hebat, menghina orang lain akan terhapus dengan sendiri. Bila rasa –rasa ini terhapus, rasa hormat, rasa kasih sayang, rasa bangga dengan orang lain akan datang dengan sendirinya.
Orang yang berakhlak mulia akan disukai oleh semua orang. Pandai mengambil hati orang lain sekalipun emosi sendiri terpaksa dikorbankan. Memang sukar untuk menjadikan kita disukai oleh orang. Cakap soal akhlak yang baik adalah senang, tapi bagaimana untuk berakhlak itu dalah susah.
Posted by Samudera Qaseh at 7/03/2009 08:57:00 pm 0 comments
Labels: akhlak
FATHIMAH AZ-ZAHRA Puteri Ke empat
FATHIMAH AZ-ZAHRA, IBU BAGI BAPAKNYA
Pemimpin wanita pada masanya ini adalah puteri ke-4 dari anak-anak Rasulullah j, dan ibunya adalah Ummul Mukminin Khadijah binti Khuwailid. Sesungguhnya Allah telah menghendaki kelahiran Fatimah yang mendekati tahun ke-5 sebelum Muhammad diangkat sebagai Rasul diiringi dengan peristiwa yang sangat besar, yang menjadikan kaum Quraisy ridha terhadap Muhammad. Yakni sebagai pemutus perselisihan sengit yang terjadi di kalangan mereka. Berkaitan dengan peletakkan batu hitam (Hajar Aswad) setelah bangunan Ka’bah diperbaharui. Dengan kecerdasan akal beliau Shalallahu ‘alaihi wassalaam perselisihan itu mampu diselesaikan dan pedang-pedang pun disarungkankembali setelah sebelumnya dihunus untuk berperang diantara kabilah-kabilah.
Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalaam merasa gembira dengan kelahiran Fathimah dan nampaklah tanda berkah dan kebaikan pada dirinya. Beliau memberi nama Fathimah dan memberi julukan Az-Zahra. Sedangkan kunyahnya adalah Ummu Abiha (ibu bagi bapaknya).
Ia puteri yang paling mirip dengan ayahnya. Fathimah tumbuh di bawah asuhan ayahnya yang penyayang. Rasulullah selalu memperhatikan pendidikan Fathimah agar ia bisa mengambil pelajaran yang banyak dari beliau berupa adab, kasih sayang dan bimbingan yang lurus. Seperti yang telah didapat oleh ibunya, Khadijah, berupa sifat-sifat yang suci dan perangai yang terpuji. Dengan dasar itu Fathimah tumbuh di atas kesucian yang sempurna, kemuliaan jiwa, cinta kepada kebaikan dan berakhlak baik. Ia mampu mengambil keteladanan yang tinggi dari ayahnya dalam segala perbuatan dan tingkah laku.
Saat mencapai usia 5 tahun, Fathimah Az-Zahra melihat perubahan yang sangat besardalam kehidupan ayahnya disebabkan wahyu mulai turun kepada beliau. Ia merasakan mulai munculnyapermasalahan pada dakwah yang diemban ayahnya. Ia pun menyaksikan ibunya selalu berada di samping ayahnya ikut serta berbagai peristiwa besar yang dihadapi ayahnya. Fathimah menyaksikan berbagai tipu daya dilakukan orang-orang kafir terhadap ayahnya. Ia berharap seandainya dirinya mampu menggantikan apa yang dihadapi ayahnya dengan kehidupannya dan mencegah kaum musyirikin kepada bapaknya. Tetapi bagaimana ia mampu melakukan hal itu sedangkan dirinya masih kecil!
Di antara penderitaan yang amat berat di awal dakwah adalah pemboikotan yang dilakukan terhadap kaum muslimin. Kaum muslimin diboikot bersama Bani Hasyim di lembah Abu Thalib yang mengakibatkan kelaparan dan hal ini mempengaruhi kesehatan Fathimah. Namun dalam kondisi yang lemah, selama hidupnya ia tetap membantu ayahnya. Ketika Fathimah yang masih kecil ini berhasil melewati ujian pemboikotan yang keras itu, ia dikejutakan denganujian baru berupa kematian ibunya, Khadijah. Ia pun sangat sedih dengan kematian ibunya.
Setelah ibunya wafat, Fathimah memiliki peran dan tanggung jawab yang besar di depan ayahnya sebagai seorang Nabi yang mulia yang semakinbanyak rintangan dakwah khususnya setelah kematian pamannya yaitu Abu Thalib dan istrinya yang selalu menepati janji. Penderitaan yang berlipat-lipat dan berbagai peristiwa itu dihadapi Fathimah dengan sabar karena mencari pahala di sisi Allah. Ia menempatkan dirinya di samping ayahnya untuk memberikan bakti sebagai pengganti ibunya. Karena itu, ia dibri kunyah Ummu Abiha (Ibu bagi bapaknya).
Ketika Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalaam mengizinkan para shahabatnya berhijrah ke Madinah, peristiwa itu membutuhkan peran yang sangat besar dari Ali bin Abi Thalib karena memiliki resiko yang tinggi. Dimana Ali bin Abi Thalib diminta menggantikan posisi Rasulullah. Ali pun tiduur di pembaringan Rasulullah untuk mengelabuhui para pemuda Quraisy. Kemudian secara diam-diam selama 3 hari di Mekkah dia berupaya menyampaikan amanat Nabi yang telah berhijrah yaitu memberikan barang-barang titipan untuk orang-orang yang berhak menerimanya.
Fathimah dan Ummu Kultsum tetap berada di Mekkah sampai Nabi Shalallahu ‘alaihi wassalaam mengutus seorang shahabat untuk menjemput keduanya. Peristiwa itu terjadi pada tahun ke-13 sejak beliau diutus dan saat itu Fathimah telah berusia 12 tahun. Di Madinah ia menyaksikan orang-orang Muhajirin telahmemiliki perasaan yang aman dan rasa ngeri karena keterasingan telah lenyap dari diri-diri mereka. Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalaam telah mempersaudarakan antara orang-orang Muhajirin dan Anshar dan beliau menjadikanAli bin Abi Thalib sebagai saudara.
Setelah Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalaam menikahi Sayyidah Aisyah, maka para tokoh-tokoh shahabat berupaya meminang Fathimah Az-Zahra setelah sebelumnya mereka menahan untuk melakukan hal itu karena ia masih bersama ayahnya dan disibukkan dengan berbagai urusan ayahnya.
Abu Bakar dan Umar maju lebih dahulu untuk meminang, tetapi Nabi Shalallahu ‘alaihi wassalaam menolakdengan lemah lembut yang tinggi. Lalu Ali bin Abi Thalib datang kepada Rasulullah untuk melamar Fathimah. Ali berkata (menceritakan peristiwa tersebut):
”Saya ingin bertemu Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalaam untuk melamar Fathimah. Saya berkata: Demi Allah, saya tidak mamiliki harta apapun. Namun kemudian saya ingat akan kedermawanan dan kebaikan Rasulullah. Maka saya pun melamar Fathimah kepada beliau. Nabi Shalallahu ‘alaihi wassalaam berkata kepadaku: ”Apakah di sisimu ada sesuatu?”
”Tidak ada, ya Rasulullah, ”jawabku.
”Di mana pakaian perangmu yang hitam, yang saya berikan kepadamu? ”tanya Beliau j.
”Masih ada padaku wahai Rasulullah, ”jawabku.
”Berikan itu kepadanya, ”kata Beliau j.
Lalu Ali bergegas pergi dan kembali lagi dengan membawapakaian perang yang dimaksud. Nabi memerintahkannnya untuk menjual pakaian perang tersebut agar uangnya bisa digunakan untuk biaya perkawinan. Utsman bin Affan membeli pakaian perang tersebut dengan harga 470 dirham. Lalu Ali menyerahkan uang tersebut kepada Rasulullah j. Beliau memberikan uang itu kepada Bilal supaya memakai sebagian untuk membeli parfum. Sisanya Beliau berikan kepada Ummu Salamah supaya ia membelikan perlengkapan pengantin.
Kemudian Nabi Shalallahu ‘alaihi wassalaam mengundang para shahabatnya. Rasulullah menjadikan mereka sebagai saksi bahwa sesungguhnya beliau menikahkan Fathimah dengan Ali bin Abi Thalib dengan mahar 400 mistqal perak sebagai pelaksanaan sunnah (ajaran Nabi) yang tetap dan kewajiban yang harus dilaksanakan.
Beliau menutup khutbah pernikahan dengan memintakan berkah bagi kedua mempelai dan memintakan keturunan yang baik untuk keduanya. Kemudian beliau menyuguhkan bejana yang berisi korma kepada para shahabat.
Pada malam pengantin saat Fathimah Az-Zahra akan menemui pahlawan Islam yakni Ali bin Abi Thallib, Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalaam memerintahkan Ummu salamah agar mengantar pengantin puteri kepada Ali di tempat yang telah di persiapkan untuk tinggal keduanya. Beliau menghendaki agar mereka berdua nantinya menetap di sana.
Setelah shalat Isya, Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalaam pergi menemui keduanya. Kemudian beliau meminta air, berwudhu darinya, kemudian beliau mengucurkan air wudhu tersebut kepada keduanya dan beliau berdo’a:
”Ya Allah Ya Tuhan kami, berkahilah keduanya dan curahkanlah berkah atas keduanya, serta berkahilah keturunan keduanya.”
Kaum muslimin merasa gembira atas pernikahan Fathimah Az-Zahra dengan Al-Imam Ali. Datanglah Hamzah, paman Muhammad Shalallahu ‘alaihi wassalaam dan juga paman Ali dengan membawa 2 ekor kambing kibas,lalu menyembelihnya, kemudian dia menjamu orang-orang Madinah.
Setelah 1 tahun pernikahan mereka berlalu, Fathimah melahirkan cucu laki-laki untuk Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalaam pada tahun ke-3 Hijriyah. Nabi Shalallahu ‘alaihi wassalaam sangat gembira dengan kelahiran Al-Hasan. Beliau mengumandangkan adzan pada telinganya, mentahniknya dan menamakannya Hasan. Beliau pula yang membersihkan kotoran dari kepala Hasan (mencukur rambut) dan bershadaqah untuk para fakir miskin dengan perak seberat rambutnya. Saat umur Hasan genap 1 tahun lahirlah Husain pada bulan Sya’ban tahun ke-4 Hijriyah.
Hati Nabi Shalallahu ‘alaihi wassalaam amat suka cita atas keberadaan 2 cucunya yang mulia. Beliau (bisa) melihat ada suatu keistimewaan pada keduanya karena kehidupan beliau yang khusus di atas bumi ini. Beliau melimpahi keduanya dengan kecintaan dan kasih sayang yang besar. Tatkala ayat yang mulia diturunkan:
”Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu, wahai Ahlul Bait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya.” (Al-Ahzab: 33)
Nabi Shalallahu ‘alaihi wassalaam (saat itu) berada di sisi Ummu Salamah. Lalu beliau memanggail Ali, Fathimah, Hasan dan Husain, kemudian beliau menutupi mereka dengan kain dan berdo’a:
”Ya Tuhan kami, mereka adalah keluargaku (ahlul baitku), maka hilangkanlah kotoran (dosa) dari mereka, dan sucikanlah mereka dengan kesucian yang benar.”
Beliau mengucapkannya 3 kali, kemudian berdo’a:
”Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah shalawat Engkau dan berkah Engkau kepada keluarga Muhammad sebagaimana Engkau menjadikannya kepada keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia.”
Buah dari do’a yang penuh berkah itu menghasilkan keberkahan yang beruntun. Pada tahun ke-5 Hijriyah Fathimah Az-Zahra melahirkan anak perempuan dan kakeknya (Nabi j) menamakannya Zainab. Setelah 2 tahun dari kelahiran Zainab, ia melahirkan anak perempuan lagi dan Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalaam memberi nama untuknya dengan nama Ummu Kultsum.
Dengan demikian Allah telah melimpahkan nikmat yang sangat besar kepada Fathimah. Allah telah membatasi keturunan Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalaam pada anaknya dan dengan itu Dia telah menjaga keturunan yang mulia yang diketahui oleh manusia. Sesungguhnya kecintaan Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalaam kepada Fathimah memiliki tempat tersendiri. Ketika beliau datang dari safar (misalnya), beliau masuk masuk masjid lalu shalat 2 rakaat kemudian mendatangi Fathimah lebih dulu baru mendatangi para istrinya.
Aisyah Ummul Mukminin berkata: ”Saya tidak melihat seseorang yang perkataan dan pembicaraannya paling menyerupai Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalaam selain Fathimah. Jika Fathimah masuk menemui Rasulullah maka beliau berdiri menuju kepadanya, menciumnya dan menyambutnya. Seperti itu juga Fathimah berbuat terhadap beliau j.”
Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalaam telah mengungkapkan rasa cinta kepad puterinya ini tatkala beliau berkata di atas mimbar:
”Sesungguhnya Fathimah bagian dari saya, barang siapa yang membuatnya marah, maka dia telah membuatku marah.”
Dalam riwayat lain:
”Sesungguhnya Fathimah adalah bagian dari saya, mendustakan saya apa-apa yang mendustakannya dan menyakiti saya apa-apa yang menyakitkannya.”
Selain beliau memiliki kecintaan yang sangat besar, Nabi Shalallahu ‘alaihi wassalaam juga menjelaskan kepada Fathimah dan yang lainnya bahwa setiap orsng harus memiliki amal dan perbekalan taqwa. Pada suatu hari beliau berdiri lalu berkata:
”Wahai kaum Qurasiy, belilah diri-diri kalian, karena saya tidak bisa memberikan manfaat sedikitpun dari Allah untuk kalian. Wahai…wahai…wahai Fathimah binti Muhammad, mintalah kepada saya apa yang engkau inginkan dari harta saya. Sesungguhnya saya tidak bisa memberikan manfaat sedikitpun dari Allah untuk kalian.”
Dalam satu riwayat:
”Wahai Fathimah binti Muhamad, selamatkan dirimu dari api neraka, sesungguhnya aku tidak mampu (menolak) bahaya dan (memberi) manfaatdari Allah untuk engkau…”
Diririwayakan dari Tsauban, dia berkata:
”Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalaam masuk menemui Fathimah dan saya bersama beliau. Fathimah memegangi lingkaran kalung pada lehernya, kemudian ia berkata: ”Abdul Hasan (Ali bin Abi thalib) telah mnghadiahkan ini kepadaku.” Maka beliau berkata: ”Wahai Fathimah, apakah engkau senang kalau manusia berkata kepada engkau: Fathimah binti Muhammad di tangannya ada lingkaran api?”
Beliau mencerca dan mencela puterinya dengan celaan yang sangat keras, kemudian keluar dan tidak duduk. Maka Fathimah melepas kalung itu lalu menjualnya dan uangnya dipakai untuk membeli budak lalu ia memerdekakannya. Ketika sikapnya itu terdengar oleh Rasulullah j, maka beliau berkata:
”Segala puji bagi Allah, Dzat yang telah menyelamatkan Fathimah dari api neraka.”
Inilah kedudukan yang telah dicapai Fathimah di sisi Rasulullah. (Meski demikian) hal itu tidak menghalangi beliau untuk mencerca dan mencelanya. Bahkan Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalaam memperingatkannya bahwa sesungguhnya beliau tidak bisa memberikan manfaat sedikitpun terhadapnya dari (adzab) Allah.
Rasulullah mengancam jika ia mencuri, maka beliau akan menegakkan hukuman kepadanya dan memotong tangannya. Sebagaimana yang terdapat dalam hadist wanita Al- Makhzumiyah yang telah mencuri dan kaumnya meminta pertolongan untuknya melalui kesayangan beliau yaitu Usamah bin Zaid bin Haritsah.
Disebutkan dalam hadist:
”Demi Allah, kalau Fathiamah puteri Muhammad mencuri, tentu saya memotong tangannya.”
Bahkan lebih dari itu, sesungguhnya bagian dari cinta Nabi Shalallahu ‘alaihi wassalaam adalah beliau bersikap keras terhadap Fathimah. Sampai beliau lebih mengutamakan para fakir miskin dalam keadaan ia mengalami kehidupan yang sempit dan keras.
Ali berkata kepada Fathimah: ”Sesungguhnya engkau telah merasakan kesulitan dan kerepotan (dalam mengurusi rumah tangga) wahai Fathimah, sehingga aku engelus dadaku (karena merasa kasihan). Sesungguhnya Allah telah mendatangkan tawanan, maka pergilah engkau (kepada ayahmu) dan mintalah seorang wanita yang akan menjadi pelayan bagimu.”
Fathimah berkata: ”Akan saya lakukan insya Allah.” kemudian ia mendatangi Nabi Shalallahu ‘alaihi wassalaam . Tatkala melihatnya, Rasulullah merasa gembira dan bertanya: ”Apa yang engkau inginkan wahai puteriku?” Fathimah berkata: ”Saya datang untuk memberikan salam kepada ayah.”
Ia merasa malu untuk mengutarakan permintaannya dan ia pun kembali. Namun Fathimah datang lagi dengan ditemani suaminya. Ali menyebutkan tentang keadaan Fathimah kepada Rasulullah. Kemudian Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalaam berkata kepadanya: ”Tidak. Demi Allah saya tidak akan memberi kepada kalian berdua (dalam keadaan) saya tinggalkan Ahlus Suffah (orang-orang miskin yang tinggal di sekitar masjid Nabi) dalam keadaan perut-perut mereka melilit. Saya tidal mendapati sesuatu yang bisa saya infakkan untuk mereka.”
Keduanya pun kembali ke rumahnya. Kemudian Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalaam mendatangi rumah Ali dan Fathimah, sedangkan mereka berdua dalam keadaan memakai selimut. Jika keduanya menutupkan (selimut tersebut) ke kepala maka telapak kaki mereka tampak, jika keduanya menutupi telapak kaki, maka kepala keduanya terbuka. Keadaan ini menggugah (perasaan) Nabi j.
Beliau berkata: ”Tetaplah kalian di tempat kalian (dan tidak usah berdiri untuk menyambutku)! Maukah kalian kuberitahu tentang suatu amalan yang lebih baik daripada yang kalian minta?”
”Mau, wahai Rasulullah, ”jawab mereka berdua.
Beliau berkata: ”Yaitu beberapa kalimat yang diajarkan Jibril kepadaku, bacalah ssetelah shalat tasbih 10 kali, tahmid 10 kali, dan takbir 10 kali. Kemudian jika kallian berdua hendak tidur, bacalah tasbih sebanyak 33 kali, tahmid 33 kali dan takbir sebanyak 33 kali. Hal itu lebih baik bagi kalian berdua dari seluruh pelayan.”
Ali berkata: ”Demi Allah, saya tidak akan meninggalkan bacaan tersebut sejak beliau mengajarkannya kepadaku.”Posted by Samudera Qaseh at 7/03/2009 09:23:00 am 0 comments
Labels: Puteri Rasullulah
UMMU KALTSUM Puteri Ketiga
UMMU KULTSUM BINTI RASULULLAH, WANITA YANG TERPENJARA DI LEMBAH
Ia adalah wanita yang memiliki tubuh padat berisi, wajah yang sangat cantik dengan kedua pipi lurus dan panjang (oval). Bapaknya Shalallahu ‘alaihi wassalaam menamakannya Ummu Kultsum. Ia dilahirkan setelah saudarinya (Ruqayyah), sehingga keduanya memiliki pertumbuhan yang sama, sangat dekat dan akrab sertasaling menyayangi seakan-akan seperti saudara kembar.
Saat mencapai usia yang matang, Ruqayyah dan Ummu Kltsum secara bersamaan dilamar oleh kedua anak Abu Lahab yaitu ’Utbah dan ’Utaibah. Tetapi Allah menghendaki kebaikan bagi keduanya, sehingga mereka dikembalikan secara bersama-sama dikarenakan adanya dorongan dari musuh Allah, Abu Lahab yang berkata kepada kedua anaknya: ”Haram kepalaku menjadi bagian dari kedua kepala kalian jika kalian tidak menceraikan kedua anak perempuan Muhammad.”
Demikianlah, dengan perceraian ini Ummu Kultsum selamat dari penderitaan hidup bersama wanita pembawa kayu bakar (istri Abu Lahab). Sebagaimana Ruqayyah juga selamat, yang tidak lama kemudian menikah dengan Utsman bin Affan serta berhijrah bersamnya ke Habasyah. Ummu Kultsum tetap bersama saudarinya yang kecil yaitu Fathimah di rumah ayah mereka Shalallahu ‘alaihi wassalaam di Mekkah menyertai ibu mereka, Khadijah Ummul Mukminin dalam menahan beban kehidupan. Mereka berdua berupaya meringankan gangguan kaum Quraisy yang didapati ayahnya. Tatkala kaum Quraisy telah mencapai titik kemarahan yang paling tinggi, mereka memutuskan untuk melakukan pemboikotan terhadap kaum muslimin dan orang-orang dari Bani Hasyim.
Pemboikotan itu -yang merupakan salah satu bentuk kejahatan- berupa tekanan ekonomi dan pemutusan hubungan kemasyarakatan. Di lembah itu, Ummu Kultsum sebagaiman kaum muslimin lainnya, merasakan penderitaan pemboikotan dan penderitaan karena kelaparan sehingga mereka makan daun-daunan. Mereka mengalami kondisi demikian selama 3 tahun.
Ummu Kultsum pada masa-masa itu menanggung beban tanggungjawab yang sangat besar. Dikarenakan ibunya Khadijah, akibat tekanan pemboikotan tersebut sampai tergeletak di atas tempat tidur karena menderita sakit keras. Sementara saudari kecilnya yaitu Fathimah Az-Zahra membutuhkan penjagaan dan perhatian. Hanya Ummu Kultsum yang merawat ibu dan menjaga saudari kecilnya tersebut serta meringankan penderitaan dan kesedihan ayahnya.
Ketika kaum muslimin terlepas dari pemboikotan, keimanan mereka semakin bertambah dan memiliki kemantapan yang teguhdalm menghadapi ujian yang keras. Sementara itu di dalam rumah Nabi, Khadijah Ummul Mukminin sedang menghadapi saat-saat terakhir dan 3 anak puterinya yaitu Zainab, Ummu Kultsum dan Fathimah mengelilinginya. Suami yang tercinta Shalallahu ‘alaihi wassalaam juga berada di sisinya sambil berupaya meringankan beban sakaratul maut dan memberikan kabar gembira kepadanya tentang kenikmatan yang kekal yang telah Allah janjikan kepadanya.
Pada tanggal 10 Ramadhan tahun ke-10 dari masa beliau diutus sebagai Rasul, ruh yang suci itu beralih ke sisi Tuhannya I. Sejak itu Ummu Kultsum menjadi penanggung jawab yang utama di rumah Nabi yang mulia itu. Ketika kaum Quraisy mengalami kegagalan dalam upaya penekanan ssecara politik, ekonomi dan kemasyarakatan, muncul ide lain yaitu rencan melakukan pembunuhan terhadap Nabi j. Namun Allah memberitahu beliau tentang makar yang direncanakan para musuh Allah itu secara sembunyi-sembunyi.
Allah memerintahkan Rasulullah untuk berhijrah ke Yasrib (Madinah). Kaum muslimin pun berhijrah ke tempat yang mulia lagi kuat dan Nabi Shalallahu ‘alaihi wassalaam berhijrah dengan ditemani shahabatnya Abu Bakar As-Shiddiq. Sedangkan Ummu Kultsum dan Fathimah diperintahkan tetap berada di kota Mekkah. Namun karena sangat mengkhawatirkan keselamatan keduanya, beliau Shalallahu ‘alaihi wassalaam mengutus Zaid bin Haritsah agar mengawal mereka berdua menuju Yasrib.
Setelah 2 tahun di Madinah, Ummu Kultsum menyaksikan ayahnya kembali dari perang Badar dengan membawa mahkota kemenangan. Sebagai ia menyaksikan saudari kandungnya Ruqayyah istri Utsman bin Affan wafat akibat penyakit yang dideritanya.
Pada awal tahun ke-3 Hijriyah, Ummu Kultsum melihat selintas Utsman yang sering mondar-mandir kepada ayahnya untuk mencari hiburan dan bantuan atas kematian istrinya yang sangat dicintai.
Kemudian pada suatu hari Umar Ibnul Khathtab menemui Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalaam mengadu dan marah terhadap sikap Abu Bakar dan Utsman tatkala dia menawarkan puterinya Hafshah kepada keduanya, tetapi mereka tidak memberikan jawaban sedikitpun. Lalu Ummu Kultsum mendengar bapaknya Shalallahu ‘alaihi wassalaam ketika berkata kepada Umar dengan lemah lembut:
”Hafshah akan menikah dengan orang yang lebih baik dari Utsman dan Utsman akan menikah dengan wanita yang lebih baik dari Hafshah.”
Hati Ummu Kultsum bergetar. Denngan kecerdasannya ia mengetahui bahwa dirinya akan menjadi istri Utsman, sebab tidak ada wanita yang lebih baik dari puteri Umar kecuali puteri Nabi.
Saat ia sedang termenung untuk membayangkan kenangan bersama Ruqayyah sebagai teman hidupnya, tiba-tiba ia dipanggil Rasulullah j. Beliau memberitahu kabar pernikahannya dengan Utsman bin Affan.
Akhirnya ikatam pernikahan dengan Utsman pun sempurna. Dan sejak hari itu Rasulullah memberi julukan Utsman bin Affan dengan sebutan Dzunnurain (yang memiliki dua cahaya) karena tidak seorang pun yang telah menurunkan hijab (turun ranjang –pent.) kepada kedua puteri Nabi selain Utsman.
Kemudian Ummu Kultsum beralih ke rumah suaminnya dan hidup bersamanya selama 6 tahun. Selanjutnya ia melihat kemuliaan islam dengan mencapai puncak kemenangan. Ia menyaksikan bapaknya Shalallahu ‘alaihi wassalaam keluar dari satu peperangan ke peperangan yang lain dengan diberi kekuatan dan kemenangan. Suaminya Dzunnurain menyertai dan berjihad dengan jiwa dan hartanya bersama beliau.
Ummu Kultsum mendapati hari kemenangan yang paling besar yaitu ditaklukkannya kota Mekkah. Peristiwa menyebabkan hatinya rindu untuk menziarahi kubur ibunya. Namun belum sampai keinginan itu terwujud, kematian telah mendatanginya pada bulan Sya’ban tahun ke-9 Hijriyah. Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalaam membuatkan bantal untuknya di sisi makam kawannya di masa kecil yaitu Ruqayyah. Semoga Allah merahmati Ummu Kultsum. Sesungguhnya ia memiliki andil yang besar dalam memikkul beban dakwah kepada Allah, di mana ia telah merasakan masa-masa yang siksaan, masa-masa dakwah yang sangat sulit dan hari-hari jihad yang sangat keras.
Posted by Samudera Qaseh at 7/03/2009 09:22:00 am 0 comments
Labels: Puteri Rasullulah
RUQAYYAH, Puteri Ke dua
RUQAYYAH, WANITA YANG BERHIJRAH DUA KALI
Ruqayyah dilahirkan ke dunia setelah saudaranya yang bernama Zainab. Tidak selang berapa lama lahirlah saudaranya Ummu Kaltsum sehingga keduanya membesar bersama-sama, berkumpul dan bermain bersama dengan saling menyayangi. Setelah Zainab menikah dengan Abdul Ash bin Ar-rabi’, Ummu Kaltsum dan Ruqayyah pun telah menghampiri usia untuk menikah juga.
Datanglah utusan dari keluarga Abdul Muthalib kepada Nabi , Abu Thalib mengajukan pinangan kedua puteri beliau untuk kedua anaknya Abdul Uzza bin Abdul Muthalib (lebih dikenal dengan nama Abu Lahab) yaitu Utbah dan Utaibah. Ketika itu Muhammad Shalallahu ‘alaihi wassalaam belum diutus menjadi nabi dan rasul. Disetujuilah lamaran itu oleh Rasulullah . Kepada utusan yang mengajukan lamaran itu, beliau minta untuk membicarakan urusan ini kepada keluarga dan (terutama kepada) kedua puterinya sebagai pihak yang akan menjalani pernikahan tersebut.
Khadijah diam tidak memberi sebarang bantahan apapun. Ia khuatir jika menyampaikan suatu pendapat akan membuat kemarahan kepada suaminya. Atau khuatir munculnya prasangka bahwa dia ingin memecah belah kekerabatan antara beliau dengan keluarganya. Sementara kedua puteri Rasulullah (hanya) diam karena perasaan malunya. Akhirnya sempurnalah urusan. Kemudian diselenggarakan pernikahan tersebut dan ayah yang penuh kasih ini mengucapkan keberkahan kepada kedua pengantin dan menyerahkan urusan kebahagiaan keduanya hanya kepada Allah.
Ketika Muhammad Shalallahu ‘alaihi wassalaam mendapat risalah dari Tuhannya dan menyeru kepada ajaran yang benar, datanglah kepada kaum Quraisy ke rumah Abu Lahab dan berkata: ”Sesungguhnya kalian telah selesai urusannya dengan Muhammad maka kembalikanlah anak-anak puterinya kepadanya dan sibukkan dia dengan mereka!” Kemudian Abu Lahab mendatangi rumah kedua anaknya dan mengatakan: ”Haram kepalaku menjadi bagian dari kepala kalian jika kalian berdua tidak menceraikan kedua puteri Muhammad.”
Maka kembalilah kedua gadis itu ke pangkuan orang tuanya dalam keadaan malam pengantin belum sempurna. Tidaklah Abu Lahab dan istrinya (Ummu Jamil si penebar fitnah) merasa cukup dengan apa yang telah diucapkan dan dilakukan kepada Rasulullah. Mereka bahkan melakukan penyerangan secara fisik kepada Nabi Shalallahu ‘alaihi wassalaam sehingga Allah menurunkan firman-Nya:
”Binasalah kedua tangan Abu Lahab dan sesungguhnya dia akan binasa. Tidaklah berfaedah harta bendanya dan apa yang ia uasahakan. Kelak dia akan masuk ke dalam api yang bergejolak. Dan (begitu pula) istrinya, si pembawa kayu bakar. Yang di lehernya ada tali dari sabut.” (Al-Lahab: 1-5)
Bagi rumah tangga yang diliputi dengan keimanan ini, semua ujian yang datang dari Allah tidak menambah kecuali keteguhan dan keutuhan. Muhammad Shalallahu ‘alaihi wassalaam (sebelumnya) telah mengingatkan isterinya yang ikhlas akan hal tersebut (yaitu datangnya berbagai ujian) semenjak hari-hari pertama diutus: ”Sungguh telah berlalu masa bersantai, wahai Khadijah.”
Sadarlah Khadijah yang dimaksud dengan kalimat tersebut dan ia menyiapkan jiwanya untuk berdiri di samping suami sebagai seorang nabi. Selalu diberikannya sokongan moral dan (bahkan) harta benda untuk meringankan beban penderitaan mental dan fisik yang dialami oleh suami tercinta. Sehingga dengan itu lenyaplah berbagai kegelisahan dan kegundahan berganti dengan ketenangan dan ketentraman.
Demikian pula kedua puterinya Ruqayyah dan Ummu Kaltsum memahami apa yang dimaksud ayahnya. Oleh karena itu mereka berdua selalu mentaati bimbingan ayahnya (dalam menghadapi) apa saja yang menimpa mereka di jalan Allah, yaitu persiapan untuk menanggung beban penderitaan dengan segala macam bentuknya.
Maka hilanglah sangkaan si penebar api fitnah dan suaminya (Abu Lahab), dan sangkaan kaum musyirikin Quraisy saat melihat Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalaam tidak terpengaruh emosinya oleh perbuatan mereka mengembalikan kedua puterinya. Beliau pun tidak mempersulit proses perceraian mereka dan sungguh Allah telah menyelamatkan keduanya dari ujian hidup bersama kedua anak Abu Lahab.
Allah (bahkan) telah mengganti untuk keduanya sesuatu yang lebih baik dari kedua bekas suaminya. Allah pilihkan seorang suami yang shaleh lagi mulia dari kelompok 8 orang yang telah masuk dalam Islam. Dia adalah Utsman bin Affan bin Abil bin Ash bin Umayyah bin Abdi Syams, salah satu dari 10 orang yang diberi khabar dengan syurga sekaligus seorang pemuda Quraisy yang paling baik nasabnya.
Menikahlah Utsman bin Affan dengan Ruqayyah. Sehingga hal ini membuat orang-orang Quraisy semakin membara kemarahannya. Mereka bertambah bingung dengan urusan kelompok kecil manusia yang berada di sekeliling Muhammad. Mereka tidak pernah ragu untuk berkorban baik dengan harta ataupun nyawa.
Gangguan yang dilakukan kaum Quraisy terhadap kaum muslimin (para shahabat) semakin dahsyat sehingga Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalaam mengizinkan mereka untuk hijrah ke Habasyah dalam rangka menyelamatkan agama dan untuk menghindari fitnah. Dan Utsman bin Affan merupakan orang yang pertama kali berhijrah ke negeri Habasyah. Ia berhijrah bersama isteri tercinta Ruqayyah padahal ketika itu keduanya baru saja melangsungkan pernikahan.
Pemuda bani Umayyah ini meninggalkan tanah kelahiran nenek moyangnya, tempat tinggalnya yang berharga, dan meninggalkan orang-orang yang paling dicintai menuju negeri yang jauh guna melangsungkan kehidupan sebagai oarang yang asing. Akan tetapi (disisinya) ikut serta penyejuk hatinya yaitu anak puteri pemimpin anak Adam, Ruqayyah. Ia memperingankan beban yang ada pada suaminya dengan ucapan: ”Allah akan selalu bersama kita dan bersama orang-orang yang kita tinggalkan meskipun kita terpaksa meninggalkan kedekatan kita dengan Baitul Atiq.”
Ketika sampai di negeri Habasyah mereka disambut dengan hangat oleh Raja Najasyi. Mereka tinggal di sana menikmati kebebasan menjalankan agama dan ibadah kepada Allah. Raja Najasyi tidak menyulitkan keberadaan mereka selama di negerinya. Kecuali apa yang disusupkan oleh kaum Quraisy ke hadapan Najasyi berupa berita-berita tentang keluarga mereka di Mekkah daripada berita tentang penindasan dan siksa yang mereka lakukan.
Hari pun terus berganti. Kaum Muhajirin (di negeri Habasyah) semakin sering mencari berita tentang Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalaam di dalam berdakwah menghadapi kethaghutan kaum musyirikin Quraisy. Saat itu mereka mendengar tentang keislaman Hamzah bin Abdul Muthalib dan Umar bin Khathtab (yang menyebarkan kaum muslimin yang kuat). Berpindahlah marhalah yang baru sehingga memberikan pengaruh kepada sebagian mereka untuk kembali kepada orang-orang yang dicintai seperti keluarga dan juga tanah kelahiran.
Utsman bin Affan dan istrinya Ruqayyah termasuk orang yang bertekad untuk kembali. Akan tetapi belum sempat kaki mereka menginjak tanah kelahiran, mereka sudah dikejutkan oleh bertambahnya sikap permusuhan orang-orang Quraisy mereka diancam akan dibuat menderita dan akan dibinasakan. Sehingga sebagian kaum Muhajirin berlindung di tempat Al-Walid bin Al-Mughirah Al-Makhzumi dan Abu Thalib bin Abdul Muthalib.
Ruqayyah termasuk orang yang kembali yang paling sedih karena dia dikejutkan oleh kematian ibunya yang tercinta Khadijah. Akan tetapi ia harus bersabar atas Allah yang telah tentukan dan tetapkan dan disifatilah Ruqayyah sebagai seorang wanita muda yang berjihad lagi penyabar.
Tidak lama Ruqayyah tinggal di Mekkah, kaum muslimin sudah melaksanakan hijrah ke Madinah bersama Rasulullah. Pindahlah Ruqayyah disertai suaminya menuju Darul hijrah yang baru dan di sanalah Ruqayyah melahirkan anaknya yang bernama Abdullah sehingga terciptalah kebahagiaan di tengah mereka berdua sebagai pengganti pedihnya adzab yang telah berlalu.
Akan tetapi kegembiraan itu tidak berlangsung lama, karena anak itu meninggal dalam usia 6 tahun disebabkan oleh patukan seekor ayam. Dan kesan kematian anak ini menyebabkan Ruqayyah ditimpa sakit panas yang mengharuskan suami yang penyayang ini tetap tinggal mendampingi isteri dan menjalankan semua urusannya di dalam rumah. Tidak berselang lama Utsman mendengar seruan untuk berjihad dan keluar menuju ke Badar, segeralah bangkit semangatnya untuk turut serta menyambut seruan yang agung itu. Akan tetapi Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalaam memerintahkan kepadanya....
Posted by Samudera Qaseh at 7/03/2009 08:58:00 am 0 comments
Labels: Puteri Rasullulah