BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday 24 June 2009

Rahsia sekuntum bunga



Sejambak bunga mawar bukan sekadar untuk menyampaikan mesej 'Aku cinta padamu' atau jambangan Carnation yang memberi erti 'moga cepat sihat'.Bahkan setiap bunga sebenarnya mewakili makna tersendiri.
Sebab itulah dikatakan bunga mampu menjadi wakil tanpa bicara yang berkuasa merungkap 1001 falsafah atau rahsia yang cuba disampaikan oleh pengirimnya. Ramai yang mengaku mereka hanya tahu erti sekuntum ros merah saja.aduhai.kesiannya! Jadi marilah kita pada kesempatan ini menilai ataupun mengkajinya sendiri secara semulajadi.

Erti Ros
Bunga ros atau mawar adalah antara bunga yang paling diminati oleh orang ramai apatah lagi orang perempuan. Bunga ros mampu melahirkan pelbagai jenis bahasa cinta. Kalau nak memujuk kekasih, lebih mudah pujukan itu dilakukan bila disertakan bersama walau sekuntum bunga ros. Lebih cepat cair jadinya! Selain bunga ros, bunga lain juga mampu menyampaikan mesej dan makna tersendiri. Jadi sebelum kamu berkunjung ke mana-mana kedai bunga untuk membuat tempahan untuk dijadikan hadiah atau sekadar penyeri rumah kamu, apa kata kamu kenalpasti dulu kuasa yang dimiliki oleh setiap kuntum bunga yang kamu pilih. Pemilihan jenis bunga yang sesuai dikatakan mampu mendorong harapan dan kegembiraan dalam diri kamu.

0 comments: