BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday 8 October 2009

Rahsia Poligami Rasullulah

Setelah kewafatan Rasulullah SAW, masih terdapat 9 isteri baginda yang masih hidup. Sebahagian orang bertanya rahsia ramainya isteri baginda. Apakah Rahsianya?.

Kebanyakan manusia suka mencari kelemahan orang baik-baik. Pelbagai tuduhan yang dilontarkan antaranya, Nabi SAW seorang hiperseks dan gila wanita.

Bagi kita, selama 26 tahun Nabi SAW bersama Khadijah menanda kesucian dan kebersihan jiwa baginda, padahal ketika itu, usia Khadijah adalah 66 tahun yang boleh dikatakan ‘nenek’. Jika mengikut syahwat manusia biasa, Nabi SAW boleh mencari gadis yang cantik berbanding ‘nenek’ Khadijah. Ini adalah bukti yang kuat bagi meruntuhkan tuduhan penfitnah tersebut.

Nabi SAW menikahi ramai perempuan ada beberapa sebab;

a. Pengorbanan Harta untuk Dakwah

Perkara ini berlaku atas diri Khadijah sendiri. Khadijah banyak membantu Rasulullah SAW semasa baginda susah. Bantuan Khadijah menambah kasih Rasulullah SAW terhadap dirinya.

b. Memadam Fitnah

Perkahwinan Rasulullah dengan Shafiyah Binti Huyay bagi mengelak fitnah. Pada waktu itu, Shafiyah adalah gadis yang paling cantik dan ramai lelaki berebut-rebut nak menikahinya. Jika Nabi SAW tidak menikahinya, maka ia akan menjadi sumber fitnah bagi bangsa Arab.

Aisyah dan para isteri Rasulullah selalu bergurau dengan Shafiyah dengan panggilan ‘Hai gadis Yahudi’. Shafiyah terasa hati dan mengadu kepada Nabi SAW. Nabi SAW berkata nyatakan kepada mereka ‘Ayahku Harun, Pakcikku Musa dan suamiku Muhammad’. Kata-kata Shafiyah ini berjaya mengunci mulut para isteri Nabi SAW.

c. Pelaksanaan Syariat

Perkahwinan ini berlaku apabila baginda menikahi Syaidah Zainab Bin Jahsy
‘Dan(ingatlah) ketika kamu berkata kepada orang yang Allah telah melimpahkan nikmat kepadanya dan kamu(juga) telah memberi kan nikmat kepadanya, ‘tahan isterimu dan bertaqwalah kepada Allah’, sedangkan kamu menyembunyikan di dalam hatimu apa yang Allah akan menyatakannya, dan kamu takut kepada manusia, sedang Allah lebih berhak untuk kamu takuti. Maka sesudah telah selesai hubungan Zaid dengan isterinya(menceraikannya), Kami kahwinkan kamu dengannya supaya tidak ada keberatan bagi orang mukmin untuk(mengahwini) isteri-isteri anak angkat mereka apabila telah selesai hubungannya dengan mereka. Dan bahawa ketetapan Allah pasti berlaku(al ahzab:37)

Menurut tradisi Arab ketika itu, anak angkat seumpama anak kandung. Tatkala Allah SWT menyuruh Nabi SAW, menikahkan Zaid dengan Zainab. Zainab bersetuju akur perintah Allah.

Zainab tidak bahagia dengan Zaid ekoran sikap Zainab yang suka membangkang dan tidak taat kepada Zaid. Zaid mengadu kepada Rasulullah SAW. Baginda menyuruh Zaid bersabar. Akhirnya Zaid menceraikan Zainab dan baginda Nabi SAW mengakuri wahyu Allah agar mengahwini Zainab.

Perkahwinan ini penting bagi syariat mengahwini bekas isteri anak angkat.

d. Penghargaan Terhadap Perjuangan

Ummu Salamah masuk Islam awal dan berjihad. Abu Salamah meninggal ketika puteranya masih kecil. Ummu Salamah berhijrah seorang diri. Ummu Salamah sangat mencintai suami yang terkorban dalam jihad. Akhirnya, Allah SWT mengantikan suami terbaik untuk beliau iaitu Rasulullah SAW sendiri.

Ini adalah tujuan luhur poligami Rasulullah SAW. Perkahwinan baginda bukan berlandas nafsu tapi mengikuti perintah Allah SWT dan sifat kemanusiaan baginda.

Sumber: Imam Hasan al Banna

0 comments: